SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Polis Pahang lupus dadah lebih setengah juta

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuantan: Polis Pahang melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM563,000 yang dirampas dalam serbuan bagi tempoh 2008 hingga tahun ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, antara dadah yang dilupuskan adalah heroin, syabu, ganja, ekstasi, air ketum, daun ketum dan ubat batuk.

Katanya, semua bahan larangan itu diperoleh menerusi serbuan pihaknya di 11 daerah.

“Pelupusan ini dijadual akan dilaksanakan oleh kontraktor bertauliah di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

“Dadah ini dapat dilupuskan selepas memperoleh perintah mahkamah berikutan prosiding pendakwaan selesai dan tempoh rayuan bagi hukuman yang dikenakan kepada pesalah kes terbabit tamat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Siri 1/2021 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini hari ini.

RAMLI (tengah) menunjukkan dadah yang akan dilupuskan. FOTO Asrol Awang
RAMLI (tengah) menunjukkan dadah yang akan dilupuskan. FOTO Asrol Awang

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.

Bagi menangani jenayah dadah, Ramli berharap kerjasama semua pihak dalam membantu pihak berkuasa mengekang penyalahgunaan barang larangan itu dan sama-sama menggembleng tenaga menjadikan negara bebas dadah.

Sumber: My Metro