SEGMEN TERKINI

MANIS XPRES

3pm - 7pm

Polis Tutup Laluan Pantai Tok Jembal

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

DUNGUN, 22 Julai – Polis Terengganu memaklumkan, sebelah laluan jalan raya iaitu arah daripada Pantai Tok Jembal menghala ke Drawbridge Kuala Terengganu ditutup, bermula petang semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, penutupan tersebut dibuat bagi mengelakkan masyarakat berkumpul di kawasan itu.

“Kita akan berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menutup laluan tersebut kerana sekiranya dibiarkan memang susah dikawal dan ia telah mula menarik orang ramai.

“Kita faham bukan mereka sengaja, cuma mereka tidak faham kerana beranggapan setelah dibenarkan dibuka, tiada alasan untuk menahan mereka” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tinjauan di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kampung Nibong, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), semalam.

Jelasnya, meskipun taman-taman awam dan rekreasi dibuka sejak 7 Julai lalu, ia tidak boleh dijadikan titik pertemuan dan berkumpul.

“Apa yang kita dapati, terlalu ramai orang di kawasan ini sehingga kami perlu membuat kawalan MPV dan trafik untuk memberi nasihat supaya mereka bersurai sekiranya didapati tidak patuh prosedur operasi standard (SOP).

“Pergerakan mereka memang boleh diterima dengan satu orang satu kenderaan, tetapi sampai di sana mereka berjumpa dan duduk bersama di wakaf-wakaf,” katanya.

Menurutnya Rohaimi, pihak polis akan memberi amaran atas ketidakpatuhan SOP serta diarahkan beredar, namun tidak akan mengenakan kompaun setakat ini.

Sumber: TRDI News