SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Populasi Muslim di Jerman meningkat dan hampir mencecah 5.5 juta

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Kereta api Subway yang melalui Masjid Mevlanan di Berlin pada 14 April 2021 (Gambar oleh David Gannon/ AFP)

Populasi Muslim di Jerman semakin meningkat dan jumlahnya menghampiri 5.5 juta penduduk iaitu sekitar 6.5% dari keseluruhan populasi keseluruhan, menurut tinjauan rasmi pihak berkuasa Jerman baru-baru ini.

Laporan dari Pejabat Persekutuan untuk Migrasi dan Pelarian (BAMF) juga menganggarkan jumlah pendudk Muslim antara 5.3 juta hingga 5.6 juta, meningkat sekitar 900 000 sejak tinjauan terakhir yang dilaksanakan pada tahun 2015.

Angka tersebut mewakili antara 6.4% dan 6.7% dari total populasi, menurut tinjauan, yang disampaikan bersama dengan Kementerian Dalam Negeri dari pusat BAMF di Nuremberg.

“Kumpulan Muslim di Jerman menjadi lebih diversiti sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh penghijrahan penduduk dari negara-negara Timur Tengah,” kata presiden BAMF Hans-Eckhard Sommer.