SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

Potong pukat, cuba larikan diri

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Terengganu: Cubaan nelayan Vietnam melarikan diri dengan memotong pukat ketika mencuri hasil laut milik negara gagal selepas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Dua bot nelayan asing itu ditahan kapal Maritim yang sedang melaksanakan rondaan Op Kuda Laut pada jarak 130 dan 132 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu antara jam 2.30 petang hingga 3.30 petang pada Rabu.

Dalam operasi itu, 38 nelayan Vietnam berusia antara 15 hingga 70 tahun termasuk tekong ditahan.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, pihaknya yang melakukan rondaan itu terserempak dengan dua bot melakukan aktiviti menangkap ikan.

Beliau berkata, kumpulan nelayan Vietnam yang menyedari kehadiran pihak berkuasa memotong pukat untuk melarikan diri namun tindakan pantas anggotanya mengagalkan cubaan berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 38 kru termasuk tekong di dalam bot berkenaan dengan kesemuanya tidak memiliki sebarang dokumen yang sah.

“Berdasarkan hasil tangkapan yang ada di dalam kedua-dua bot berkenaan iaitu 150 kilogram (KG) di setiap bot, kita percaya dua bot nelayan ini baharu sahaja memasuki perairan negara kita,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Muhammad Suffi berkata, semua nelayan ditahan bersama 300 kilogram hasil tangkapan laut, 3,000 liter diesel, bot dan peralatan menangkap ikan dengan rampasan dianggarkan bernilai hampir RM 3 juta.

Katanya, bot bersama semua nelayan itu dibawa ke jeti Maritim Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/1963 kerana tekong dan kru tidak memiliki sebarang dokumen yang sah,” katanya.

Sumber: My Metro