Rahsia Buat Teh Tarik Sedap, Kalah Kedai Mamak

Facebook
Twitter
Google+

Musim hujan ni memang best kalau dapat pekena teh tarik. Selalunya bila teringin nak teh tarik mesti cari dekat kedai mamak. Boleh jadi tak keruan kalau sehari tak minum.

Tapi, lepas ini anda tak perlu lagi ke kedai mamak semata-mata nak cari teh tarik. Boleh buat sendiri je di rumah. Paling penting memang kaw macam teh tarik di kedai mamak.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Zaim Ahnaf Sufi kongsikan rahsia untuk buat teh tarik sedap. Akak-akak semua boleh cuba, mana tahu lepas ni si suami kurang melepak di kedai mamak.

Bahan-bahan:

Serbuk teh

Susu pekat atau susu cair

Secubit garam

Air secukupnya

Cara membuat:

1. Masukkan semua sekali serbuk teh dan susu pekat/cair

2. Biarkan air betul-betul mendidih bersama teh dan susu pekat/cair

3. Untuk menghasilkan warna teh yg pekat dan rasa yang sedap,
biarkan sehingga sampai naik bau teh

4. Dah cukup pekat dan dah dapat warna yang cantik menyelerakan, boleh masukkan secubit garam, biar teh rasa lemak sikit. Kalau tak letak garam pun tak apa. Dah boleh nikmati keenakan teh yang sebenar.

Sumber: Vitdaily

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008