Rekateemor beri penjelasan isu Sherry Ibrahim

Facebook
Twitter
Google+

Percintaan antara Sherry Ibrahim dan Fattah Amin sudah lama berkubur, bahkan kedua-duanya sudah membawa haluan masing-masing sejak beberapa tahun lalu.

Malah Fattah dan isterinya, Nur Fazura juga telah melangsungkan resepsi kedua mereka Ahad lalu.

Bagaimanapun sesuatu yang kurang enak berlaku apabila dikatakan perancangan perkahwinan Fattah dan Fazura, Rekateemor, telah membuatkan Sherry berang apabila dikaitkan dengan persandingan Fattzura

Bagaimanapun menerusi update terbaru Rekateemor di akaun Instagram milik mereka, dua jam selepas Sherry memuat naik posting tersebut mendedahkan akaun Instagram mereka telah digodam.

Bahkan Rekateemor juga turut berkongsi emel yang memaklumkan ada individu cuba untuk mengakses akaun mereka.

Apa pun kami berharap kedua-dua belah pihak dapat menyelesaikan masalah ini dengan damai dan baik.

 Sumber: Sinar Harian

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008