Remaja bersenjatakan pedang samurai serang pusat asuhan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Rio de Janeiro: Seorang remaja lelaki bersenjatakan pedang samurai menyerang sebuah pusat asuhan dan membunuh tiga kanak-kanak dan dua pekerja, menurut polis tempatan.

Kejadian itu berlaku di Saudades, Santa Catarina, iaitu bandar kecil yang mempunyai 10,000 penduduk di negara itu.

Menurut polis, penyerang berusia 18 tahun itu kemudian mengelar leher dan badannya.

“Lelaki itu yang parah dikejarkan ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan pusat itu adalah untuk bayi berusia enam bulan sehingga kanak-kanak berusia dua tahun.

Susulan kejadian, Gabenor Daniela Reinehr mengisytiharkan tiga hari tempoh berkabung di negeri itu.

Serangan berdarah di sekolah di Brazil kali terakhir dilaporkan pada Mac 2019 apabila dua bekas pelajar menembak mati lapan orang sebelum membunuh diri mereka di Suzano, bandar di tenggara negara itu, berhampiran Sao Paulo.

Sumber: My Metro