Remaja Terkorban Selamat 4 Rakan Hampir Lemas

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

TOBA – Seorang mahasiswi, Gita Ompusunggu, 19, meninggal dunia selepas lemas di Danau Toba, Sumatera Utara Indonesia.

Mangsa dilaporkan terkorban ketika berusaha menyelamatkan empat rakannya yang hampir lemas ketika mandi di kawasan Pantai II danau berkenaan.

Keempat-empat rakan mangsa berjaya diselamatkan, namun Gita dipercayai mengalami keletihan melampau sebelum tenggelam.

Ketua Polis Sektor Balige, AKP Libertius Siahaan berkata, mangsa yang merupakan ahli remaja gereja datang ke lokasi bersama 32 rakan lain bagi meraikan sambutan Tahun Baharu dan majlis pembubaran jawatankuasa Krismas gereja tersebut bagi tahun 2025.

“Mereka ke sana dengan menaiki dua kereta dan sebuah motosikal untuk menjalankan perayaan Tahun Baharu serta pembubaran jawatankuasa Krismas Gereja GPDI Silando.

“Ketika rombongan sedang mandi-manda, empat rakan mangsa iaitu Indah Pardede, Kristiani Rajagukguk, Icha Siburian dan Gicha Ompusunggu tiba-tiba dihanyutkan arus sebelum tenggelam.

“Melihat kejadian itu, Gita bersama beberapa rakan lain segera terjun untuk memberikan bantuan,” katanya.

Tambah beliau, selepas berjaya memastikan keempat-empat rakan selamat ke tepi pantai, mangsa dipercayai mengalami keletihan sehingga hilang kawalan dan akhirnya tenggelam,”jelasnya.

Pasukan penyelamat segera melakukan operasi pencarian di sekitar lokasi kejadian selepas menerima laporan .

Selepas beberapa jam usaha dilakukan, jasad mangsa ditemui di kawasan berhampiran pantai dalam keadaan telah meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital HKBP Balige bagi pengesahan sebelum diserahkan kepada pihak keluarga.

Sumber: SinarHarian