Rendang tak rangup cetus kemarahan

Facebook
Twitter
Google+

Komen juri rancangan Masterchef UK, John Torode dan Gregg Wallace telah mencetuskan kemarahan selepas peserta wanita kelahiran Malaysia disingkirkan atas alasan masakan rendangnya ‘tidak cukup rangup’ pada minggu lalu.

Menurut Zaleha Kadir Olpin, 48, rendang ayam tersebut adalah satu hidangan istimewa dan merupakan makanan kegemarannya ketika kecil.

Wallace bagaimanapun mengkritik masakan tersebut.

“Saya suka dengan rasa rendang itu yang dicampur dengan kemanisan santan. Tetapi, bahagian luar ayam itu tidak rangup dipenuhi ‘sos’ dan ia tidak boleh dimakan,” katanya.

Beberapa komentator berang dengan komen tersebut dan menganggap juri tidak memahami konsep hidangan itu.

Rakyat Malaysia turut menyuarakan kemarahan mereka di media sosial dan menegaskan masakan rendang sememangnya dihidangkan seperti itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Vicki Treadell menerusi Twitter berkata, ‘Rendang adalah hidangan ikonik, ia bukan dimasak rangup dan tidak sepatutnya mencetuskan kekeliruan dengan ayam goreng yang kadangkala dihidangkan dengan nasi lemak.

Sumber: The Telegraph

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008