Resepi Biskut Coco Pops Paling Senang Tanpa Oven. 4 Bahan Je, Confirm Ketagih!

Facebook
Twitter
Google+

“Tiap-tiap tahun selalu buat biskut cornflakes. Simple pun tetap laku keras. Cepat je habis. Ingat nak cuba yang lain pulak. Kuih raya apa lagi yang sedap tapi mudah buat, tak pakai oven dan tak banyak bahan?”

Selain biskut cornflakes madu yang selalu kita buat, ini lagi satu biskut tanpa oven yang menarik untuk dijadikan kuih raya nanti.

Semua boleh cuba, semudah ABC!

Coco Pops Badam Coklat ni hanya guna 4 bahan saja. Tapi hasilnya memang rangup dan marvelous.

Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Cik Eila ini.

RESEPI BISKUT COCO POPS BADAM COKLAT. TANPA OVEN, CUMA 4 BAHAN

Bahan pun tak banyak dan mudah cari.

Cuma 4 bahan ni saja yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN

  • Coklat masakan – 300g (kalau suka boleh lebihkan)
  • Hirisan badam – 500g
  • 1 kotak Bijirin Coco Pops – 400g
  • Peanut butter – lebih kurang 4-6 sudu

CARA-CARA

1. SANGAI BADAM

Mula-mula kita ambil badam yang siap hiris tu dan goreng atas kuali tanpa minyak (sangai).

Sangaikan badam ni sampai dia jadi perang sikit, ringan dan rangup.

Badam yang siap potong ni ada jual banyak jenis. Ada yang potong bulat, panjang, nipis. Ni contohnya.

Saya guna yang jenis panjang ni.

2. CAIRKAN COKLAT & PEANUT BUTTER

Lepas tu ambil coklat masakan dan cairkan guna kaedah double boil.

Nak cepat boleh juga masukkan dalam microwave.

Kemudian bila coklat dah cair, masukkan sekali peanut butter untuk rasa yang lebih lemak.

Peanut butter jenama apa pun boleh. Saya letak dalam 4-6 sudu.

3.  GAULKAN COCO POPS & BADAM DENGAN COKLAT

Lepas tu masukkan bijirin Coco Pops tu ke dalam coklat yang dicairkan bersama peanut butter tadi.

Saya guna jenama ni sedap.

Ratakan badam dan Coco Pops dengan coklat.

Nak senang saya gaul dalam kuali je. Tapi saya tak buka api tau.

4. BUBUH DALAM BEKAS

Bila dah gaul elok semua bahan tadi, bolehlah disudukan dan masuk dalam cawan kertas kecil-kecil tu.

Masa ni kena buat cepat sikit sebab takut coklat keras. Kalau coklat dah keras, boleh double boil semula.

5. SEJUKKAN & SIMPAN

Wah, dah siap dah. Haa.. comel je kan?

Tunggu sejuk sikit lepas tu bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.

Kalau nak cepat sejuk, boleh juga masukkan dalam peti ais. Lepas tu dah bolehlah makan.

SIAP!

Senang sangat kan? Tak payah susah-susah nak pakai mixer atau oven. Semua mesti boleh cuba buat di rumah.

Walaupun mudah, percayalah kuih macam ni memang laris. Bukan setakat budak yang suka makan, mak ayah aunty uncle pun semua suka tau. Rangup dan bercoklat. Sedapnya!

Jadi, jangan tunggu lagi. Jom kita cuba buat hari ni juga. Untung-untung boleh buat niaga menjelang Hari Raya nanti kan?

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008