KE UDARA

BELENGGU RINDU

WANY HASRITA [+] DATO' JAMAL ABDILLAH
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Rindu ‘Travel’? Ini Cara Menjadi Pelancong Di Tempat Sendiri

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini, kerajaan mencadangkan supaya rakyat Malaysia membantu meningkatkan ekonomi negara dengan menyokong sektor pelancongan yang terdapat di dalam negara kita.

Beberapa tip untuk anda menjadi pelancong di tempat sendiri ialah dengan :

Menempah Hotel Untuk Satu Atau Dua Malam

Walaupun hanya untuk hujung minggu, tidak salah sekiranya anda menempah hotel yang terdapat di sekitar kawasan anda. Ini kerana hotel merupakan perkara pertama yang difikirkan sekiranya melancong. Cuba jadikan tempahan ini seolah-olah realistik dengan membuat penempahan awal dan persediaan seperti mana anda melancong di luar dari kawasan.

Menggunakan Pengangkutan Awam

Salah satu aktiviti pelancong adalah dengan menggunakan pengangkutan awam yang terdapat di kawasan yang didiami. Inilah masa yang sesuai untuk anda mencuba menggunakan kemudahan pengangkutan awam dengan sepenuhnya. Sebaiknya rancanglah perjalanan seperti mana anda merancang perjalanan ketika melancong di luar kawasan.

Melawat Kawasan Tumpuan Pelancong

Pernahkah anda terfikir mengapa pelancong sering ke tempat anda? Rata-rata daripada kita sering menyatakan bahawa tiada yang menarik di kawasan sendiri. Untuk kali ini, cuba anda lihat kembali tempat-tempat yang menjadi tarikan para pelancong dan cuba untuk menerokai dan merasai sendiri keunikan kawasan tarikan ini.

Mengambil Gambar Kemana Saja Destinasi Anda

Jika kita tengok kembali, kebanyakkan kita akan merakam setiap moment penting ketika melancong di luar. Ini kerana kita tidak mahu terlepas moment yang menarik dan situasi yang dirakam merupakan situasi baru untuk kita. Untuk anda yang ingin melancong di kawasan sendiri, cuba untuk merakam setiap moment dan ambillah gambar di setiap kawasan tarikan yang dikunjungi.

Mencuba Restoran Baru

Pasti anda mempunyai restoran kegemaran di kawasan sendiri bukan? Kali ini, cuba untuk mengubah selera anda dengan mencuba retoran dan kedai makan yang belum pernah anda cuba.

Jadi untuk anda yang rindukan travel, boleh cuba untuk menjadi pelancong di tempat sendiri.

Sumber

Terkini | Popular