SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Rupanya Ada Beza Label Makanan ‘ Baik Sebelum’ Dan ‘Guna Sebelum’

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Apabila kita membeli makanan sudah tentu kita akan melihat kepada label pada makanan itu supaya terjamin selamat untuk dimakan. Namun, tahukah anda bahawa rupanya ada beza antara perkataan pada label makanan itu iaitu BAIK SEBELUM dan GUNA SEBELUM.

Tahu tak perbezaan berkaitan perkataan yang digunakan? Kadang-kala kita sendiri keliru dan membuang makanan tersebut walaupun ianya masih elok untuk dimakan.

Label “Guna Sebelum” atau “Makan Sebelum”

• Bermaksud bahawa selepas tarikh yang dinyatakan, makanan tersebut tidak lagi dapat mengekalkan ciri-ciri kualitinya walaupun ianya disimpan mengikut syarat-syarat penyimpanan yang ditetapkan. Antara yang dapat dilihat pada makanan tersebut ialah ianya akan berkulat, tengik, masam atau basi.
• Selalunya tarikh akhir ini dilabel bagi jenis makanan tertentu yang mudah rosak iaitu susu,yogurt, produk telur dan jus buah Pasteur. Sekiranya telah melebihi tarikh yang dinyatakan, makanan itu tidak boleh dimakan atau dijual kerana boleh menimbulkan masalah risiko kesihatan apabila dimakan.

Label “Baik Sebelum”.

Bermaksud bahawa tarikh terakhir anda boleh mengharapkan makanan tersebut mengekalkan semua sifat kualitinya pada tahap terbaik. Produk tersebut mampu untuk mengekalkan kualiti selagi ianya disimpan mengikut syarat-syarat penyimpanan yang ditetapkan dan tidak dibuka.
• Selepas tarikh tersebut, makanan tersebut mungkin masih selamat untuk dimakan, tetapi kualitinya telah berkurangan. Kualiti yang dimaksudkan ialah seperti perubahan warna, rasa tekstur,perisa serta apa-apa sifat khusus yang dibuat akuan secara nyata atau tersirat seperti kesegaran makanan.
• Kemerosotan kualiti yang berlaku apabila terdapat perubahan yang tidak diingini dalam makanan. Sekiranya telah melebihi tarikh tersebut, makanan masih boleh dimakan, dengan syarat makanan tersebut masih elok dan selamat untuk dimakan.

Kredit: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Terkini | Popular