SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Sekian Lama Menyepi, Mr. Bean Akhirnya Buat Comeback!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Karakter komedi popular, Mr.Bean akhirnya akan membuat kemunculan semula selepas stesen televisyen Britain, ITV menyambut ulang tahun ke-30 watak tersebut.

sekian lama menyepi, mr. bean akhirnya buat comeback!

Pembawa watak Mr. Bean, Rowan Atkinson, 65, pertama kali melakonkan watak itu pada Januari 1990, dan menjadi popular ke seluruh dunia menerusi 15 episod musim pertama, sebelum ia tamat pada Disember 1995. Kemudiannya dua filem dan satu siri animasi menyusul, sebelum watak itu menyepi pada awal tahun 2000.

sekian lama menyepi, mr. bean akhirnya buat comeback!

Ekoran kejayaan siri komedi Mr. Bean ini, satu dokumentasi di ITV berjudul ‘Happy Birthday Mr. Bean’ bakal diterbitkan.

Dokumentasi itu bakal menggunakan klip klasik dan hasil temu bual bersama pencipta asal karakter, dan juga Mr. Bean sendiri, sehingga ia menjadi bintang ternama dengan lebih 110 juta peminat online.

Bagaimanapun tarikh dokumentasi itu masih lagi dalam perbincangan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Atkinson bagaimanapun mengakui tidak pernah merasa gembira melakonkan watak Mr. Bean, namun menganggap ia sebagai satu tanggungjawab yang perlu dipikul olehnya.

“Saya mohon maaf tidak berasa gembira ketika menjayakan episod atau filem berkaitan Mr. Bean kerana beban untuk memastikannya kelakar sangat berat. Saya mendapat banyak sokongan kru penggambaran tetapi penentuan sama ada lawak yang dihasilkan itu lucu atau tidak adalah  bergantung pada saya dan  itu sangat memberi tekanan”

Sumber: The Sun

Terkini | Popular