SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

Selepas 12 tahun, Benjamin Netanyahu berundur sebagai Perdana Menteri Israel

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Selepas 12 tahun memerintah, Benjamin Netanyahu akhirnya terpaksa berundur dari jawatan Perdana Menteri Israel selepas ahli Parlimen mengundi 60-59 untuk membentuk kerajaan baharu.

Pemimpin berhaluan kanan, Naftali Bennet dari Parti Yemina akan dilantik sebagai perdana menteri baharu Israel.

Bennet akan menjadi Perdana Menteri Israel sehingga September 2023 kemudian digantikan oleh Yair Lapid selama dua tahun sebagai perkongsian kuasa yang dipersetujui sebelum ini.

Kerajaan pakatan baharu itu terdiri dari lapan parti politik yang tujuannya sama iaitu untuk menyingkirkan Netanyahu yang sudah berkuasa selama 12 tahun.

Kerajaan baharu itu dijangka akan ‘berusaha’ mengurangkan ketegangan dengan Palestin dan menjalin hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, ratusan penyokong anti Netanyahu meraikan ‘saat kegembiraan’ itu dengan berhimpun dan berarak.

Jurucakap Hamas Fawzi Barhoum berkata, “Tidak kira apa bentuk pemerintahan di Israel, itu tidak akan mengubah cara kita memandang entiti Zionis. Kami perlu terus melawan untuk kembalikan hak kami. “