SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Selepas Pulau Di Terengganu, Kelantan Muncul Negeri Paling Ramai Pelancong Singgah Ketika PKPP.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pulau-pulau di Terengganu telah diumumkan baru-baru ini sebagai pulau yang paling banyak menerima kedatangan pelancong domestik ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Terkini, Kelantan juga muncul sebagai negeri yang menerima paling ramai pelancong, memberi isyarat yang baik negeri itu melalui fasa pemulihan yang cemerlang. Destinasi menarik, musim cuti sekolah dan syurga makanan di Kelantan menjadi antara faktor penyumbang kepada kebanjiran pelancong domestik di negeri itu. Ditambah pula dengan keyakinan pelancong terhadap aspek keselamatan dan kesihatan terhadap negeri Kelantan.

Menurut Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) negeri Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud, ini membuka lebih banyak peluang kepada rakyat Kelantan dalam aktiviti ekonomi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Persatuan Hotel Malaysia yang menyatakan Kelantan muncul sebagai negeri yang menerima paling ramai pelancong dalam tempoh pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kebanjiran pelancong domestik ke negeri Cik Siti Wan Kembang disebabkan rakyat Kelantan yang berada di ibu kota mengambil peluang untuk pulang dan dalam masa yang sama bercuti di negeri itu. Bagaimanapun beliau tidak menolak kebanjiran pelancong daripada negeri lain yang baru membuka mata akan keunikan tempat pelancongan di negeri Kelantan.

Sumber: Libur

Terkini | Popular