Senarai “challenge makanan” yang mustahil dilakukan.

Facebook
Twitter
Google+

Jika anda melihat di youtube, banyak video challenge makanan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia. Antara challenge yang dilakukan adalah challenge ramen, challenge bean boozled dan challenge burger. Nampak seperti tidak berbahaya kan? Tetapi anda pernah melihat challenge yang dibuat diluar negara? Mereka membuat challenge yang pelik-pelik seperti challenge susu, challenge marshmellow dan sebagainya. Mari lihat 7 challenge makanan yang sebenrnya mustahil dilakukan.

1. Susu

Challenge susu dilakukan dengan menghabiskan susu sebanyak 1 gallon atau 3.8 liter susu selama 1 jam. Kenapa kita tidak boleh membuat challenge susu ni? Sebab sistem pencernaan badan kita tidak boleh mencernakan laktosa (sejenis gula didalam susu) dalam masa yang singkat! Lactase, iaitu enzim yang mencernakan laktosa dalam susu hanya boleh memproses laktosa dalam kuantiti yang sedikit dalam satu-satu masa. Jadi sebenarnya bahaya tau kalau minum susu terlalu banyak dalam masa yang singkat.

Kesan: Anda akan muntah semasa atau selepas melakukan challenge ini.

2. Ghost Pepper

Dalam challenge ini, peserta mesti makan habis ghost pepper (atau lada jenis serupa seperti habanero, tetapi lada hantu biasanya dirujuk sebagai lada paling hangat di seluruh dunia). Saiz lada ini tidak lebih besar daripada jalapeno. Mungkin anda fikir bahawa challenge ini mudah tetapi sebenarnya tidak!. Ghost pepper ini adalah lada paling pedas di dunia sebab lada ni 400 kali lebih panas daripada sos Tabasco. Dan sos Tabasco saja sudah cukup pedas sebenarnya untuk kita makan. Tahap kepedasan ghost pepper saja berada 1,000,000 pada skala Scoville, yang merupakan ukuran kekuatan lada cili.

Kesan: Mulut anda berasa panas sebab pedas dan mata anda akan berair. Ada kes yang lagi teruk, terdapat seorang lelaki yang didapati esofagosnya berlubang selepas makan ghost pepper ni.

3. Masin

Sebenarnya tak banyak produk biskut masin di Malaysia. Jadi challenge ini tidak popular di kalangan rakyat Malaysia berbeza di luar negara. Challenge masin ni sebenarnya memerlukan peserta itu makan 6 keping biskut masin dalam masa 1 minit tanpa meminum air. Nampak mudah bukan? Tidak sama sekali kerana lidah kita tidak dapat menghasilkan air liur yang cukup untuk mengendali kekeringan biskut masin jadi untuk makan sebanyak itu untuk challenge sebenarnya mustahil tau.

Kesan: anda tidak dapat menghabiskan 1 atau 2 keping biskut dalam masa yang ditetapkan kerana anda akan berasa dahaga yang teramat. Ataupun anda akan tercekik untuk menghabiskan biskut-biskut ini.

4. Marshmallows

Marshmallow sangatlah manis dan kenyal. Tiada siapa yang tidak sukakan marshmellow kerana ia snek yang sangat popular, sekiranya anda menelannya. Tetapi untuk challenge ini, peserta perlu menyumbat marshmallow sebanyak mungkin didalam mulut mereka tanpa menelannya dan menyebut “Chubby Bunny”. Akan terdapat juri yang menentukan sama ada sebutan anda itu jelas atau tidak. Challenge sebenarnya susah sebab ia memerlukan anda bercakap selepas menyumbat marshmallow.

Kesan: anda akan tersedak atau tercekik semasa melakukan challenge ini.

5. Kayu manis

Di Malaysia, kayu manis digunakan untuk melengkapkan rasa masakan melayu tetapi di luar negara, kayu manis digunakan sebagai satu perisa yang popular sama ada dalam bentuk serbuk ataupun cecair dan diletakkan pada roti bakar dan gula-gula getah. Tetapi pernah tak anda makan satu sudu penuh serbuk kayu manis dalam masa satu minit? Serbuk kayu manis sebenarnya sangat kering sehingga dapat mengeringkan mulut anda. Jadi ia amat mustahil untuk menelannya,

Kesan: muntah itu semestinya tidak dapat dielakkan dalam sesetengah kes. Selain itu, jika anda menhidunya, anda mungkin akan mengalami masalah pernafasan, kerengsaan dan kegagalan paru-paru untuk berfungsi.

6. Warheads

Warhead adalah jenama untuk sejenis gula-gula masam yang popular di US. Challenge ini memerlukan peserta makan sebanyak 150 biji gula-gula masam Warhead dalam masa 10 minit. Nampak macam senang jika anda  adalah peminat gula-gula masam tetapi tidak pada badan anda untuk menerima sejumlah asid malik yang banyak dalam satu-satu masa.

Kesan: lidah anda akan luka sama ada anda boleh habiskan atau tidak. Dalam kes lain, ada yang sampai hilang deria rasa pada lidah mereka dan mengalami sawan selepas itu.

7. Pisang dan sprite

Pisang adalah makanan sihat yang tinggi dengan potassium dan fiber. Manakala sprite adalah salah satu jenis air berkabonat. Tapi apabila anda makan dua makanan ini dalam masa yang sama, percayalah ia bukan idea yang terbaik. Challenge ini memerlukan peserta makan 2 biji pisang sambil menghabiskan 1 liter air sprite. Dalam banyak-banyak challenge, challenge ni lagi mudah, bukan? Tahukah anda, badan kita tidak boleh mencerna makanan dan air bergas dalam masa yang sama. Dalm kes ini, ia akan membuat perut anda sangat tidak selesa.

Kesan: badan anda tidak boleh menerima makanan ini dan mengeluarkannya melalui muntah. Kadang-kadang pemenang challenge ini adalah orang pertama yang memuntahkan makanan-makanan ini. ew

Banyak challenge makanan baru dicipta setiap hari. Jika anda memilih untuk melakukan challenge ini, pastikan anda bermain dengan selamat dan membuat pemeriksaan doctor selepas melakukan challenge makanan. Pentingkan keselamatan dan kesihatan anda sebelum bermain ya.

Sumber: This Blog Rules

 

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008