KE UDARA

DISINI PASTI

U-topia
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Simpan Daging Korban Pun Ada Caranya, Barulah Elok & Selamat!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Satu kelegaan juga buat semua orang apabila semalam Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tiada halangan rentas negeri yang akan dibuat sebaliknya semua orang dinasihati untuk terus mengamalkan SOP yang telah ditetapkan.

Alhamdulillah! Nampaknya ramai dah yang tak sabar nak balik kampung kan? Ye lah, Hari Raya Aidilfitri tahun ni kan ramai yang tak boleh beraya di kampung kerana rentas negeri tidak dibenarkan sepanjang PKP.

Setiap kali Hari Raya Aidiladha, kita mesti akan menerima agihan daging korban kan? Namun, apa yang perlu anda tahu adalah cara menyimpan daging korban agar tahan lama dan kekal selamat dimakan walau disimpan bertahun-tahun lamanya.

CARA MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL

1. JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN
Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak.

2.JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG BANYAK DI DALAM FREZER
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.

Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

3.JANGAN TERUS SIMPAN DAGING DI DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.

4.JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DENGAN MENGUNAKAN AIR PANAS
Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

Tips tambahan
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser . Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal!!!

Sumber : Facebook Fadhlee Fitri Abu Bakar

Terkini | Popular