Single Pertama Menjadi, Fathia Dipuji Pandai Rap

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Sebelum ini, nama pelakon Fathia Latiff sering terpalit dengan kontroversi dan apa saja yang dilakukan oleh Fathia seperti serba tak kena sehingga mendapat kecaman netizen.

Namun sejak kebelakangan ini, Fathia dilihat lebih berhati-hati untuk lebih terbuka di media sosial. Dia kini lebih gemar merakamkan semula lagu cover. Rata-rata peminat memuji suaranya yang sangat merdu.

Terbaru, single sulungnya berjudul ‘Keluarkan Aku’, hasil ciptaan DJ Fuzz dan wawa, manakala liriknya ditulis oleh W.A.R.I.S baru saja di lancarkan empat hari lalu di YouTube.

Klip video tersebut kini mencecah hampir 70,000 tontonan. Ramai yang memuji kemerduan suara Fathia dan terkejut dengan kebolehan Fathia menyanyikan lagu Rap.

Selepas diamati lirik lagu tersebut, netizen meneka lagu tersebut mengisahkan tentang diri Fathia yang sebelum ini tersalah memilih kawan yang akhirnya menjerat diri.

Sumber: Rotikaya