SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Sistem Pentadbiran Kehakiman Syariah Perlu Lebih Tersusun, Sistematik

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PEKAN: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru agar sistem dan pentadbiran Kehakiman Syariah di Negeri Pahang perlu menjadi lebih tersusun, sistematik.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bertitah, sistem Kehakiman Syariah di negeri ini perlu menjadi contoh kepada negara dan negeri lain.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Pengurniaan Watikah Pelantikan Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Pahang, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Pahang, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di Istana Abu Bakar.

“Di negeri saya, penubuhan Mahkamah Syariah diperuntukkan di bawah Seksyen 42, Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991.

“Selaku Pemangku Raja Pahang, saya amat memandang tinggi Institusi Kehakiman Syariah dan pendakwaan syariah, di negeri ini. InsyaAllah, segala usaha dalam memartabat dan memperkasakan undang-undang syariah ini, akan
saya berikan keutamaan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Sempena Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Pahang, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Pahang, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Turut hadir, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

Baginda bertitah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga telah berkenaan menamakan bangunan Mahkamah Syariah baharu di Indera Mahkota di sini sebagai Kompleks Syariah As-Sultan Abdullah.

Sementara itu, seramai 19 individu menerima watikah pelantikan dengan lima daripadanya ialah Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Pahang iaitu YAA Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, YA Dato’ Haji Mohd Amran Mat Zain, YA Dato’ Haji Mohd Shukor Sabudin, YA Datuk Haji Mohd Radzi Haji Abd Latif dan YAA Tuan Haji Wan Mohd Zakri Wan Mohd.

Empat individu dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Pahang iaitu YH Dato’ Haji Abdul Walid Haji Abu Hassan, YBrs. Prof Madya Dr Haji Mohd Zawavi Zalnal Abidin, YH Dato’ Haji Mohd Yusof Ab Ghani dan YBhg. Dato’ Prof. Haji Mahamad Naser Disa.

Dua individu lagi dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pahang iaitu YA Tuan Haji Salehuddin Abdul Manaf dan YA Tuan Haji Mohd Khair Zainal Abidin.

Sementara itu juga, Tuan Haji Abu Kasim Pilus dilantik sebagai Ketua Pendakwa Syarie manakala Tuan Borhan Hussin dilantik sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syarian Negeri Pahang.

Dalam majlis itu seramai enam individu dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Pahang iaitu Tuan SamsulKamal Kamaruddin, Tuan Haji Mohd Nasir Awang, Tuan Mohd Fahmi Abd Jalil, Tuan Muhammad Aizat Dato’ Haji Zainal, Puan Khariah Dato’ Zamry dan Puan Azwa Hanim Kamaruzaman.

Sumber: PAHANGMEDIA