SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Skuad Amar Didik Pemilik Salun Kecantikan Jaga Aurat

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang (Skuad Amar) mengedar risalah berkaitan batasan aurat kepada beberapa salun kecantikan wanita dan kedai  perkhidmatan mengunting rambut di daerah ini.

Ketua Skuad Amar, Nasaruddin Samsudeng berkata, langkah itu bertujuan  memberi penerangan jelas mengenai aurat, termasuk batasan antara lelaki dan wanita.

Penerangan awal dengan edaran risalah yang diberikan ini adalah diharap dapat membentuk ke arah salon patuh syariah. Sejujurnya, bertemu mata dengan peniaga salon seperti ini lebih baik di mana kita boleh menyelami suasana harmoni dengan dakwah secara leih terperinci kepada mereka mengikut kesesuaian. Program dakwah jalanan yang dilakukan ini juga telah mendapat keizinan daripada Ahli Majlis Daerah Marang dari bahagian perlesenan dan juga Pegawai Penguatkuasa Syariah Daerah Marang.

Menurutnya lagi, dalam kunjungan hari ini, kita dapati ada di kalangan mereka merupakan ibu tunggal yang berkerja keras demi menyara keluarga.

Ada juga yang diuji dengan masalah kesihatan dan kewangan dalam tempoh pasca Perintah Kawalan Pergerakan ekoran daripada Pandemik Covid-19. Dengan itu kita juga turut memberikan sedikit sumbangan wang ringgit. InsyaAllah, selepas ini pemantauan secara berkala akan dibuat bersama-sama PPS, Pihak Berkuasa Tempatan dan Ahli Majlis Dearah Marang.

Sumber : TRDI News

Terkini | Popular