KE UDARA

Kau Tetap Ku Hajati

Stings
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Solekan Raya Persis Kuih Muih Bikin Warganet Geli Hati

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Hanya dengan satu hantaran bertajuk kueh mueh, tweet pemilik akaun @nuhanazriii ternyata mencuit hati warganet.

Jika sebelum ini ada yang share selipar raya ilham buah-buahan tempatan dan makanan, kali ini posting lebih kepada solekan raya. Apa yang menarik, bukan calang-calang solekan ditampilkan gadis cantik ini. Tiga jenis kuih raya dan ketupat menjadi hiasan pada wajahnya.

Seperti mood raya, solekan ketupat juga tidak dilupakan pada pipi dan pembayang mata. Sekali pandang seolah-olah ketupat tergantung pada muka. Memuji kreativiti gadis itu, solekan kuih lapis, dahlia dan seri muka sangat kemas dan cantik persis air tangan jurusolek profesional.

Kredit turut diberikan kepada pemilik akaun twitter @julezsebastian pada posting bertajuk ‘Malaysian girls are as delicious as their local delicacies’.

Gambar solekan pembayang mata kombinasi warna kuih seperti tepung pelita, sagu gula melaka turut menghiburkan hati netizen. Antara komen yang mencuit hati apabila kebanyakan warganet memuji kreativiti dan mahu mencuba dengan solekan seperti kuih bakar sebagai tema raya nanti.

Barangkali solekan unik itu boleh dipadankan dengan juadah Aidilfitri sebagai hiburan diri memandangkan masih terhad untuk berkunjung ke rumah saudara dek tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Sumber : Sinar Harian, Nuha Nazri & Julez Sebastian

Terkini | Popular