SEGMEN TERKINI

MANIS MANIS PAGI

6am - 10am

Sukarelawan Wanita Perbaiki Baju Terpakai, Hadiahkan kepada kanak-kanak pelarian di Syria

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Sukarelawan mengedarkan pakaian kepada kanak-kanak di sebuah kem di Idlib Syria barat laut, 10 Mei 2021. (Foto AA)

Sekumpulan wanita Syria yang bekerja sebagai tukang jahit di Idlib membaiki pakaian terpakai dan mengedarkannya kepada anak-anak yang tinggal tinggal di khemah dan kem di wilayah itu untuk memberi mereka harapan menjelang Raya Eid Al-Fitri

Kempen tersebut diberi nama “Pakaian anda membuat mereka bahagia,”. Enam wanita yang menajdi sukarelawan berusaha menyediakan pakaian kepada kanak-kanak pelarian yang terpaksa melarikan diri dari kampung halaman mereka kerana serangan rejim Bashar Assad.

Kempen ini mengumpulkan sumbangan pakaian terpakai dan tukang jahit sukarelawan yang akan mengubah pakaian tersebut menjadi pakaian baru.

Dalam satu temuramah dengan Agensi Anadolu (AA), Meryem Ceblevi, salah seorang sukarelawan tukang jahit, berkata: “Kami telah mengumpulkan pakaian terpakai melalui kempen yang kami lancarkan. Kami memotongnya di bengkel, menjahitnya dan menegedarkannya kepada keluarga miskin.”

Tujuan kempen yang sedang berlangsung adalah untuk memberikan sedikit kebahagiaan kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan rejim dan hidup dalam keadaan yang teruk di kem, dan tambahnya lagi “Kami melakukan pekerjaan ini secara sukarela. Kami ingin melihat kanak-kanak bahagia.”

Seorang sukarelawan lain, Riham Um Mohammad, mengatakan bahawa mereka sedang menyiapkan pakaian untuk kanak-kanak berusia antara 3 hingga 12 tahun untuk memberi mereka sedikit kegembiraan.

Dua Halaf, seorang kanak-kanak pelarian yang berusia 11 tahun yang tinggal di kem, memberitahu AA bahawa beberapa wanita datang ke khemah dan mengedarkan pakaian kepada anak-anak.

Sehid Ali, berusia 12 tahun, juga mengatakan bahawa mereka telah tinggal di khemah selama bertahun-tahun. “Sukarelawan datang dan mengedarkan pakaian untuk menyambut hari eid al fitri,” katanya.

Kehidupan orang-orang Syria yang sememangnya mengalami fasa sukar di kem pelarian kini menjadi lebih sukar kerana wabak penyakit covid-19 yang sedang berlanjutan. Bencana kemanusiaan yang berlaku ini menyebabkan ada yang bertahan dengan cara berlindung di bawah pokok atau khemah yang tidak kukuh yang dibina di atas lumpur dan lopak.

Sejak Disember 2019, hampir 1 juta orang telah melarikan diri dari serangan rejim Assad di Idlib, yang dianggap benteng perlindungan terakhir dan mereka berlindung di bawah kem pelarian dan khemah yang sesak berhampiran sempadan Turki.