Syeikh Abdullah Fahim: Ulama yang terlibat dengan Kemerdekaan Tanah Melayu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Tanggal 31 Ogos adalah Tarikh bersejarah kerana ia merupakan Hari Kebangsaan Malaysia. Ia merupakan hari di mana penjajah melepaskan Tanah Melayu kepada pemimpin Tanah Melayu itu sendiri serta mereka pulang ke tanah air mereka semula setelah ratusan tahun menjajah.  Nikmat kemderdekaan Tanah Melayu ini wajib kita syukuri kerana Tanah Melayu merdeka dengan aman tanpa sebarang pertumpahan darah!

Kemerdekaan Tanah Melayu adalah hasil semua pihak , yang mana bukan sahaja antara pemimpin dan rakyat, namun turut disumbangkan oleh Para Ulama. Pada zaman dahulu, Ulama dan Umara saling merujuk antara satu sama lain. Justeru tidak hairanlah, jika Umara merujuk Ulama terutama dalam hal-hal besar sebegini iaitu Tarikh kemerdekaan Malaysia. Antara Ulama yang terlibat dalam kemerdekaan ialah Syeikh Abdullah Fahim.

Siapakah Syeikh Abdullah Fahim

Syeikh Abdullah Fahmi merupakan seorang Ulama di Pulau Pinang dan beliau merupakan mufti pertama Pulau Pinang. Beliau lahir di Mekah dan mendapat pendidikan di Mekah dengan berguru kepada seramai 15 orang Ulama’ untuk membolehkan beliau menguasai pelbagai disiplin ilmu. Guru- guru beliau yang berbangsa Arab termasuklah Syeik Said Babsail (Mufti Mazhab Syafie), Syeikh Muhammad bin Sulaiman hasbullah al-Makki, Syed Abu Bakri Syatha (Penyusun kitab I’anah at-Thalibin).

Ulama dari dunia Melayu yang menjadi gurunya yang paling berpengaruh baginya ialah Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi al- Fathani (penyusun kitab Mathla’ al-Badrain), Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan, al-Kalantani (penyusun Al-Jauhar al-Mauhub dan Lum’ah al-Aurad) dan Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani (pengasas pengkaderan ulama dunia Melayu di Mekah yang dikatakan mempunyai kemahiran sekurang-kurangnya 47 disiplin ilmu). Antara salah satu ilmu yang dikuasainya ialah ilmu falak.

Ulama yang menguasai Ilmu Falak

Semasa menjadi guru, beliau juga turut mengajarkan subjek falak kepada anak muridnya.  Disebabkan kepakarannya dalam bidang falak, beliau telah diminta pendapat untuk menentukan waktu yang sesuai bagi kemerdekaan Malaya. Berdasarkan hisab dan falak Syeikh Abdullah Fahim, ditentukanlah bahawa hari kemerdekaan Malaya jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957. Mengenai ilmu hisab dan falak, beliau mempelajarinya daripada Syeikh Ahmad al-Fathani dan kemudian memahirkannya daripada Syeikh Muhammad Nur bin Syeikh Muhammad atau Syeikh Nik Mat Kecik bin Ismail Daudi alFathani, sahabatnya.

Peristiwa Kemerdekaan Tanah Melayu

Syeikh Abdullah Fahim memainkan peranan yang penting dalam peristiwa kemerdekaan. Beliaulah yang menentukan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.  dilihat adalah tarikh menentukan hari kemerdekaan Negara iaitu pada 31 Ogos 1957. Selain itu, pada pertemuan membincangkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu itu, Abdullah Fahim memberitahu Tunku selepas 5 tahun Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan, Tanah Melayu ini akan bertukar namanya. Ramalan yang dibuat berdasarkan ilmu firasat yang beliau miliki itu ternyata benar apabila dengan kehendak Allah jua, Tanah Melayu bertukar namanya kepada Malaysia 5 tahun selepas kemerdekaannya.

Syeikh Abdullah Fahim juga merupakan merupakan datuk kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan bapa kepada Haji Ahmad Badawi Abdullah bin Haji Abdullah Fahim.

Sumber:

  1. Hj. Abdullah Fahim: Tokoh Agama Dari Pulau Pinang, Dr. Fadhlullah Jamil
  2. Syeikh Abdullah Fahim – Seorang Ulamak Yang Dinamis, Sohana Abdul Hamid