KE UDARA

INGATLAH ALLAH

Islamik
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Tabiat Selfie Bantu Anda Untuk Kuruskan Badan?

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Jika ada diantara rakan anda yang selalu memerli dek kerana tabiat anda yang suka sangat ‘selfie’, biarkan saja mereka.

Kajian telah membuktikan bahawa tabiat selfie sebenarnya membantu anda untuk menurunkan berat badan. Mesti ramai yang pelik, macam mana selfie boleh buat anda kurus?

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh University of Alicante di Colombia ke atas 271 orang gemuk yang mendaftar untuk program kuruskan badan.

Tujuan utama kajian tersebut adalah untuk mengetahui cara mereka berdiet dan apa yang mendorong mereka untuk menurunkan berat badan.

Sepanjang program dijalankan selama 16 minggu, para penyelidik akan mengambil gambar tubuh badan setiap peserta setiap minggu.

Kajian mendapati, peserta lebih bermotivasi selepas melihat kemajuan penurunan berat badan berdasarkan gambar yang diambil.

Gambar yang diambil memberi gambaran jelas dan jujur tentang bentuk badan seseorang dan jika mereka lihat gambar tersebut kelihatan gemuk, mereka kana berusaha untuk kuruskan badan.

Sumber: Hanasuva

Terkini | Popular