Tak Kisah Nyanyi Tapi Jangan Sindir – Sufian Suhaimi

Facebook
Twitter
Google+

Penyanyi Sufian Suhaimi menganggap tindakan Fathia Latiff merakam semula lagu Di Matamu yang diubah lirik menjadi seperti lagu balasan kepada single hitnya itu sebagai cara aktres terbabit berkarya.

Malah, Sufian tidak terasa hati walaupun ada pihak mendakwa perbuatan pelakon kontroversi itu seolah-olah cuba mengeruhkan keadaan apabila turut mengaitkan bekas tunangnya, Elfira Loy ketika memuat naik video terbabit di Twitter.

“Sebelum ini, memang ramai yang membuat ‘cover’ lagu ini dan saya sudah pun mendengarnya. Bagi saya, ini adalah antara lagu ‘cover’ yang kreatif. Saya tak rasa apa-apapun dan melihatnya sebagai cara untuk Fathia berkarya. Saya puji hasil kerjanya itu dan produksi terbabit.

“Cuma harapan saya, apabila dia menyanyikan semula lagu itu dalam versinya sendiri, janganlah dia ada niat tertentu seperti membuat serangan peribadi secara berkias sehingga dilihat seperti cuba mencampuri urusan peribadi orang lain,” katanya kepada BH Online.

Tambah Sufian lagi, budaya menukar lirik serta merakamkan lagu balasan kepada sesebuah lagu bukanlah perkara asing dalam industri hiburan.

“Di luar negara pun ada melakukan perkara sama contohnya lagu If I Was A Boy yang dinyanyikan Beyonce dan Perfect oleh Ed Sheeran. Jadi, ia bukanlah satu perkara yang pelik buat saya,” katanya.

Sebelum ini, Fathia dikecam netizen apabila perbuatannya itu dilihat seperti cuba memanjangkan lagi kontroversi putus tunang pasangan Sufian dan Elfira yang hangat diperkatakan.

Sumber: Berita Harian

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008