Tak Payah Beratur & Tunggu Lama, Ini Cara Renew Pasport Secara Online. Mudahnya!

Facebook
Twitter
Google+

“Eh, kalau nak travel luar negara pasport tu kena ada tempoh minimum 6 bulan kan. Rasanya nak kena renew lah pasport aku. Tapi malas betul nak pergi pejabat imegresen tu… Boleh ke kalau kita renew pasport online je?”

Sebelum anda pergi ke luar negara, penting untuk anda pastikan pasport anda mempunyai tempoh sah laku melebihi 6 bulan dari tarikh akhir anda balik. Kalau asyik rasa tak sempat dan susah nak keluar ke pejabat imegresen, kini anda boleh memperbaharui pasport Malaysia secara atas talian.

CARA RENEW PASPORT MALAYSIA SECARA ONLINE

MyOnline Pasport telah diperkenalkan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia hanya melalui online dengan membuat bayaran menggunakan kad kredit atau online banking (FPX).

Cara-cara membuat permohonan pembaharuan pasport Malaysia di Jabatan Imigresen Malaysia secara online adalah seperti berikut:

1. BUKA MYIMMS E-SERVICES

Mula-mula, pergi ke myIMMs e-services di pautan https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport

Setelah membaca terma dan syarat, klik butang ‘Agree’ untuk meneruskan proses pembaharuan pasport anda.

2. ISI MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN

Seterusnya, anda akan diminta untuk mengisi maklumat dan butiran peribadi yang diperlukan untuk melengkapkan pembaharuan pasport.

Pastikan anda dah sediakan pasport lama di depan komputer supaya mudah nak buat rujukan nanti.

3. PILIH CAWANGAN KUTIPAN

Kemudian, anda boleh google cawangan pejabat imegresen yang paling dekat dengan rumah atau pejabat anda. So, senanglah nak pick up bila dah siap nanti.

4. UPLOAD GAMBAR MENGIKUT KRITERIA YANG DITETAPKAN

Seterusnya upload softcopy gambar yang mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya background gambar mesti warna putih, baju / tudung warna gelap. Boleh baca selanjutnya di laman web tersebut.

Kalau nak selamat, scan gambar yang dah diambil dekat kedai gambar tu.

5. BUAT BAYARAN

Lepas dah upload gambar tadi, bolehlah buat pembayaran yang diperlukan secara online.

Kadar bayaran adalah seperti berikut
i. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200
ii. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100

6. SIMPAN RESIT

Setelah semuanya selesai, anda akan mendapat maklumat transaksi seperti status, nombor resit, cawangan kutipan, tarikh kutipan dan masa kutipan.

PENTING: Sila bawa bersama-sama resit, kad pengenalan dan pasport asal. Bagi pemohon di bawah 18 tahun, sila bawa juga kad pengenalan penjaga dan surat beranak.

SIAP! BILA BOLEH DATANG AMBIL?

Waktu serahan pasport ni bergantung pada waktu kita lengkapkan permohonan tadi.

Bagi permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja, pasport baru yang dah siap akan diserahkan pada hari yang sama, iaitu kira-kira 1 jam selepas permohonan lengkap dihantar beserta bayaran. Manakala bagi permohonan selepas jam 3 petang, ia akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.

Mudah kan?

Sumber: Sirap Limau

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008