Tak Suka Orang Makan Berbunyi, Tanda Anda Genius

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Mesti ada diantara kawan anda yang kunyah makanan berbunyi. Memang rasa menyampah dengar bunyi yang kurang menyenangkan tu.

Jika anda menghadapi situasi tersebut, anda mungkin menghidap misophonia, atau sindrom sensitif kepada bunyi tertentu.

Misophonia terjadi pada mereka yang sensitif pada bunyi kecil yang dihasilkan seperti daripada mulut iaitu ketika makan, bernafas, mengunyah, bersiul atau menguap.

Seseorang yang menghidap misophonia akan rasa tidak tenang, panik, takut dan gemuruh. Ada juga penghidap sindrom berkenaan tidak suka makan atau berada di khalayak ramai.

Namun kajian juga membuktikan, mereka yang menghidap sindrom berkenaan adalah seorang yang bijak dan genius.

Menurut kajian dari Universiti Northwestern, mereka yang menghidap misophonia mempunyai kelebihan kreativiti dan lebih bijak daripada orang lain.

Namun, kajian juga mendedahkan hanya 20% daripada penduduk di dunia menghidap penyakit tersebut.

Sumber: Hanasuva