SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

Tebing sungai runtuh: Hentikan segera kerja korek pasir

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PASIR MAS – Pihak berkenaan perlu hentikan segera kerja-kerja mengorek pasir di kawasan pesisir Sungai Kelantan buat sementara waktu, desak Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Beliau berkata, langkah itu susulan runtuhan tebing sungai yang berlaku di Kampung Pohon Chelagi pada Rabu.

“Langkah ini tepat bagi mengelakkan berlakunya runtuhan yang lebih besar dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas turun padang meninjau situasi semasa runtuhan tebing itu pada Rabu.

Dalam lawatan itu, Ahmad Fadhli turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada mangsa yang terlibat dengan runtuhan tebing itu.

Menurutnya, beliau telah panjangkan masalah itu kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kerajaan Pusat diharap dapat mengumumkan peruntukan segera untuk langkah-langkah awal mengatasi masalah tersebut.

“Rakyat Pasir Mas amat menantikan khabar gembira untuk masalah itu,” katanya.

Ahmad Fadhli yang juga Timbalan Ketua Pas Pusat berkata, berpandukan rekod sebanyak empat buah rumah telah runtuh bersama tebing Sungai Kelantan itu.

Katanya, 15 buah rumah lagi berada dalam keadaan berisiko sementara 43 rumah lagi berada di bawah pemantauan.

Sumber: Sinar Harian