Terengganu Inc, Yayasan Terengganu Meterai Kerjasama bagi Bantu Pelajar B40

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PUTRAJAYA – Syarikat Pelaburan induk strategik Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) hari ini memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan jabatan negeri, Yayasan Terengganu bagi membolehkan pelajar cemerlang daripada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) bagi melanjutkan pendidikan ke peringkat pengajian tinggi.

Presiden dan Pengarah Eksekutifnya, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, pihaknya bersama anak-anak syarikat Kumpulan telah memperuntukkan sebanyak RM 500,000 di bawah nama Program Biasiswan YT-TI ‘Young Talent Scholarship Programme’.

Biasiswa peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda (Ijazah pertama) ini dibentuk bagi memastikan anak Terengganu yang berkelayakan dapat melanjutkna pelajaran di dalam dan luar negara, dengan keutamaan bagi mereka di kalangan keluarga B40.

Biasiswa khas tersebut juga mampu mengurangkan beban kewangan bagi para pelajar yang mengambil jurusan relevan seperti bidang Kepintaran Buatan (AI), Sains Data (Big Data), Undang-undang, Mualmalat, Sains Kesihatan (Fisioterapi), Pengurusan Koporat dan Perladangan.

“Langkah ini direalisasikan komitmen anak-anak syarikat Kumpulan antaranya TDM Berhad, Golden Pharos Berhad, GPQ Sdn Bhd, TI Properties Sdn Bhd, Chicken Cottage Limited serta Permodalan Terengganu Berhad”, katanya ketika berucap dalam majlis MoA tersebut di Le Meridien, Putrajaya.

Dalam pada iti, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan, pelaksanaan biasiswa ini dijangka akan bermula dengan permohonan atas talian pada 26 September 2022 bagi lepasan STPM, STAM, Matrikulasi dan Asasi, mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

“Kerajaan Negeri menyedari cabaran dihadapi ibubapa bagi melanjutkan pelajaran anak-anak mereka iaitu kos pendidikan pengajian yang tinggi. Oleh itu, biasiswa ini dibentuk dan merangkumi pelbagai kos pendidikan seperti yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun peralatan dan buku serta pemberian peranti Ipad.

Bagi manfaat jangka panjang, tajaan tersebut berperanan untuk pembangunan modal insan dengan bakal melahirkan golongan professioanal dan mengisi jurang pekerjaan di Terengganu, pada masa alkan datang.

MoA itu ditandatangani oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc. Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun, Pengarah Eksekutif TDM Berhad, Najman Kamaruddin, Ketua pegawai Eksekutif Golden Pharos Berhad, Dr. Mohd Zaki Hamzah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif GPQ Sdn Bhd, Azmi Mat Ali, Ketua Pegawai Eksekutif TI Properties, Khalilzan Mahmud dan Pengarah Permodalan Terengganu Berhad, Muhammad Ramizu Mustafa.

Sumber : UNIT BERITA MANIS FM