SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Terengganu Masih Tidak Benarkan Warga Asing Solat Jemaah Di Masjid, Surau

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Warga asing yang berada di Terengganu masih belum dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid dan surau negeri ini.


Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).


Setakat ini kita masih belum membenarkan mereka (warga asing) untuk solat berjemaah di masjid atau surau. Walau bagaimanapun, kita akan pertimbangkan bagi mereka yang berkhidmat dengan kerajaan seperti di institusi pengajian awam (IPT) serta yang memohon kebenaran solat Jumaat.


Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya mengetatkan SOP itu memandangkan tiada jaminan terhadap tahap kesihatan warga asing yang tidak terlibat dengan aktiviti atau kerja di peringkat kerajaan.


Setakat ini, MAIDAM yang membenarkan semua aktiviti agama dilaksanakan di masjid dengan syarat mematuhi SOP yang ditetapkan MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia juga perlu bersesuaian dengan kapasiti jemaah masjid yang dijarakkan serta mereka boleh solat di luar bangunan masjid jika ada keperluan dan dibenarkan.

Sumber: TRDI News

Terkini | Popular