KE UDARA

Cinta

Ismail Izzani
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Terengganu Pinda Enakmen Penyu 1951

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kerajaan Terengganu akan meminda Enakmen Penyu Terengganu 1951 (Pindaan 1987) bagi menghalang penjualan semua jenis telur penyu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim menegaskan, kerajaan dan Jabatan Perikanan sudah mengadakan bengkel dalam usaha melakukan pindaan enakmen bertujuan menghalang penjualan semua jenis telur penyu.

Beliau berkata, berdasarkan enakmen 1951 dan dipinda kali pertama pada 1987, hanya telur penyu belimbing yang dilarang untuk dijual.

“Pindaan enakmen itu dilakukan bertujuan menyekat penjualan semua jenis telur penyu termasuk melalui atas talian dan penjualan secara terbuka di beberapa pasar utama,”

Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi berkata demikian ketika mengulas kaedah kerajaan negeri menangani kegiatan penjualan telur penyu di negeri ini.

Ketika mengulas mengapa hanya telur penyu belimbing dilarang dijual, Dr Azman berkata, punca utama disebabkan pendaratan penyu belimbing semakin berkurangan.

“Sebelum larangan itu dikeluarkan pada 1987, tiada lagi pendaratan penyu belimbing direkodkan dalam tempoh tiga tahun mulai 1983.

“Kita juga tidak menafikan, pendaratan penyu dari spesis lain seperti penyu agar, karah dan lipas juga menunjukkan penurunan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Terkini | Popular