KE UDARA

Semalam

Aina Abdul
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Terlalu Banyak Moisturiser Yang Dipakai Akan Menyebabkan Kesan Buruk Pada Kulit

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Tak kiralah lelaki ke perempuan, kita semua digalakkan untuk memakai moisturiser atau pelembap kulit bagi mengelak kulit daripada menjadi terlalu kering dan berkedut.

Oleh kerana moisturiser ni sangat penting dan mesti dipakai setiap hari (terutama bagi korang yang jenis kulit kering), kebanyakan dari kita menyangka bahawa semakin banyak moisturiser yang disapu, semakin bagus untuk kulit. Itu sebenarnya salah! Memang moisturiser kena pakai selalu, tapi kalau dipakai dalam kuantiti yang berlebihan boleh mendatangkan kesan yang buruk pada kulit!

Kenapa korang tak boleh pakai moisturiser dalam kuantiti yang berlebihan

Penggunaan moisturiser yang berlebihan boleh mengganggu pengeluaran sebum kulit yang sihat, dan seterusnya menyebabkan kulit korang terlalu bergantung pada kelembapan dan akhirnya ia kurang mampu mengeluarkan sebumnya sendiri.

Bukan tu je, penggunaan moisturiser yang berlebihan akan menyebabkan pori-pori korang tersumbat, dan ini akan menyebabkan jerawat tumbuh dengan banyak.

Kalau macam tu, berapa banyak moisturiser kena pakai?

Menurut pakar kulit, ia bergantung kepada jenis kulit dan bahagian kulit korang. Bagi korang yang berkulit kering, sebaiknya pakai moisturiser sekali di siang hari, dan sekali lagi pada waktu malam.

Letak moisturiser sebesar duit syiling 20 sen atau 50 sen pada jari. Letak sedikit pada dahi, pipi kiri dan kanan, dagu dan juga bahagian hidung dan sapukan perlahan-lahan hingga sekata.

Untuk bahagian kaki dan tangan pula, letak moisturiser sebesar duit syiling 50 sen pada tapak tangan dan sapukan pada kaki atau tangan sehingga sekata.

Pastikan kulit korang tak terlalu basah atau kering masa nak sapu moisturiser, kalau tak nanti kulit tak serap dengan baik.

Kalau sayang kulit, jangan lupa pakai moisturiser tau!

Terkini | Popular