Terma & Syarat Peraturan-Peraturan Peraduan dan Kuiz di Manisfm

1) Peraduan di MANIS FM ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

2) Tiada individu dibenarkan untuk menyertai peraduan dan di Manisfm lebih daripada sekali.

3) Hadiah hanya akan diberikan selepas 2 bulan dari tarikh menang dan tidak boleh dipindahmilik dan hendaklah dituntut dalam tempoh 1 bulan dari tarikh pemberitahuan. Selepas tempoh tersebut, hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan. Pihak MANIS FM memiliki hak mutlak ke atas hadiah hadiah yang tidak dituntut. Sekiranya semasa proses untuk mendapat maklumat pemenang iaitu ejaan nama lengkap, nombor IC; pemenang tidak dapat dihubungi kerana nombor telefon salah, panggilan tidak dijawab sebanyak 3 kali berturut-turut, MANIS FM tidak akan meneruskan proses mendapat maklumat tersebut. Hadiah-hadiah tersebut perlu dituntut secara sendiri oleh para pemenang. Semasa menuntut, pemenang dikehendaki untuk menunjukkan pengenalan diri yang mana pengenalan diri tersebut adalah dokumen bergambar pemenang tersebut, sebagai contoh, antara lainnya adalah termasuk kad pengenalan, lesen memandu dan pasport.

4) Pemenang tidak boleh melantik wakil yang ditentukan untuk menuntut hadiah yang di menangi. Kebenaran bertulis dan pengenalan diri untuk kedua-dua pemenang dan wakil hendaklah dikemukakan semasa tuntutan dibuat.

5) Kuiz hadiah berupa Wang Tunai hanya terbuka kepada pendengar yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja kerana pembayaran akan dibuat secara bank-in atau dibuat dengan cek berpalang atas nama pemenang itu sendiri sahaja.

6) Penyertaan peraduan di MANIS FM hanya terbuka kepada pendengar berumur 18 tahun ke-atas.

7) Individu-individu adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai dan/atau memenangi sesuatu peraduan sekiranya, mereka adalah merupakan kakitangan MANIS FM atau ahli-ahli keluarga terdekat kepada pekerja-pekerja MANIS FM; sesuatu penaja/agensi pengiklanan atau agensi yang berkaitan dengan peraduan yang berkaitan.

8) Pembatalan penyertaan akan dilakukan secara automatik jika melanggar terma dan syarat tersebut tanpa sebarang pemberitahuan. Sila hubungi kami di 09-626 2255 untuk sebarang pertanyaan.

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008