SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Tiga Remaja Di Kelantan Buli Dan Belasah Budak Berusia 13 Tahun Disebabkan Ayam Goreng

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Seorang remaja berusia 13 tahun di Kelantan telah dibuli dan dibelasah oleh tiga orang remaja berusia 17 tahun akibat gagal memenuhi janjinya untuk dibelanja makanan segera.

Satu video yang berkisar di halaman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS menunjukkan remaja terbabit membuli dan membelasah lelaki terbabit di salah sebuah asrama lelaki di salah sebuah sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan.

Dalam video dengan durasi 26 saat itu, mangsa yang berusia 13 tahun dapat dilihat ditumbuk dan ditendang oleh tiga suspek. Walaupun dia sudah jatuh di lantai, kelihatan tiga remaja terus menerus membelasahnya.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata kepada Harian Metro bahawa berdasarkan keterangan awal mangsa, ketiga-tiga remaja berusia 17 tahun memukulnya kerana berang disebabkan rasa dipermainkan dengan gurauan untuk dibelanja makanan segera ayam goreng.

“Kami sudah mengenalpasti dan membuat tangkapan terhadap semua individu terbabit,” katanya kepada Harian Metro selepas video itu tular dan menerima kecaman netizen.

Tidak kira apa pun salah yang dilakukan oleh orang kepada anda, ingatlah bahawa buli bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Terkini | Popular