KE UDARA

MENDAMBAMU

OPICK
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Tip Tradisional Hilangkan Rekahan dan Pecah Tumit Kaki

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Tip untuk menghilangkan kesan rekahan pada kaki yang patut dicuba.

Tumit yang kasar, pecah dan merekah menjejaskan penampilan kaki anda. Malah,adakalanya kesan pecah atau rekahan itu semakin merebak dan membuat kulit menjadi kering dan menggelupas. Ada beberapa cara mudah untuk mengatasi cara ini.

Cara 1:

  • Sediakan beberapa biji belimbing buluh.
  • Lenyek kasar belimbing tersebut dan kemudian gosokkan pada tumit anda perlahan-lahan selama beberapa minit.
  • Amalkan selalu. Hasilnya, masalah kulit pecah dan merekah pada tumit akan hilang malah membantu menghaluskan kulit pada bahagian tersebut.

Cara 2:

  • Sediakan beberapa keping asam gelugur.
  • Masukkan ke dalam ┬ábesen berisi air suam.
  • Rendamkan kaki selama 30 minit.
  • Lakukan setiap hari pada waktu malam.

Cara 3:

  • Rendamkan kaki ke dalam air suam selama 15 minit.
  • Kemudian, gosokkan tumit dengan batu asahan pisau selama beberapa minit.

Cara 4:

  • Sapukan getah betik muda pada tumit kaki.
  • Biarkan ia kering sehingga sebelum dicuci.

 

Cara 5:

  • Tumbuk beberapa ulas bawang putih.
  • Campurkan dengan sedikit perahan limau nipis.
  • Sapu dan gosokkan ia pada tumit kaki.

Cara 6:

  • Belah dua biji bawang merah dan gosokkan pada tumit kaki yang kering.
  • Lakukan selalu sehingga kesan pecah dan rekahan semakin hilang.

Cara 7:

  • Campurkan sedikit gambir dengan minyak kelapa.
  • Gosokkan pada tumit selama beberapa minit sebelum dibilas bersih.
  • Lakukan setiap hari hingga menampakkan hasilnya.

Tip Yang Anda Perlu Cuba!

  • Elakkan memakai kasut bertumit tinggi terlalu kerap.
  • Sentiasa mendapatkan rawatan pedicure untuk penjagaan kaki.
  • Pakai krim khusus untuk penjagaan kaki jika anda sering memakai kasut bertumit tinggi dan bertutup.

Sumber: Dapur with Love

Terkini | Popular