Tips Berbelanja Mewah Tanpa Boros Menjelang Hari Raya

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Demam musim perayaan kini semakin dirasai dan pastinya anda ingin kelihatan serba baru menjelang hari raya. Bukan sahaja dari segi keperluan diri malah kelengkapan rumah juga semestinya menjadi perkara utama untuk diambil kira.

Tetapi anda risau sekiranya berbelanja lebih daripada bajet yang sepatutnya? Yalah bak kata perpatah “Ukur Baju Di Badan Sendiri”.

Kali ini kami kongsikan dengan anda 3 tips untuk anda kekal bergaya tanpa perlu berbelanja boros. Senang cerita kali ini anda berbelanja dengan panduan yang bijak.

1. Membuat Perbandingan Harga

 

Sekarang dunia semakin canggih, terlalu banyak peniaga menjual barangan yang sama dengan peniaga yang lain. Jadi mudah bagi anda sebagai pembeli untuk membandingkan harga terlebih dahulu sebelum membeli. Taktik ini sering digunakan oleh penggemar barangan online.

2. Senaraikan Barangan Yang Ingin Dibeli

 

Tips yang kedua ini akan membuatkan anda kelihatan lebih bijak berbelanja. Sebagai pembeli anda seharusnya membuat list terlebih dahulu bagi mengelakkan anda tidak memiliki barangan yang sama pada satu masa.

3. Rebut Peluang Jualan Murah

Perkataan ‘Jualan Murah’ pastinya akan membuatkan anda tidak sabar untuk membeli belah. Mana tidaknya barangan yang anda nantikan-nantikan dijual dengan harga yang mampu milik.