KE UDARA

Niat

Elyana
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Tips Legakan Sakit Kepala Paling Berkesan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kebanyakan orang akan mengalami masalah sakit kepala dari masa ke masa, sama ada sakit itu sedikit ataupun sangat teruk. Kali ini, penulis akan menyenaraikan beberapa petua dan cara menghilangkan sakit kepala yang paling berkesan.

#1 Rujuk Bantuan Doktor


Sekiranya anda mengalami masalah sakit kepala yang sangat kuat, adalah terbaik langkah pertama yang anda ambil adalah mendapatkan nasihat doktor. Hal ini kerana untuk mengesahkan masalah sakit kepala itu tidak bersangkut paut dengan simptom-simptom penyakit yang lain. Penyakit seperti strok, encephalitis ataupun meningitis boleh menyebabkan sakit kepala yang agak teruk.

Dapatkan nasihat doktor dengan kadar yang segera sekiranya anda mengalami beberapa perkara di bawah:

  • Masalah berjalan
  • Leher tegang
  • Loya dan/atau muntah
  • Demam panas
  • Sukar menggerakkan anggota badan
  • Berasa tersangat lemah
  • Sakit kepala yang sangat kerap
  • Ubat-ubatan yang digunakan tidak berhasil

#2 Dapatkan Ubat-Ubat Farmasi


Kebanyakan ubat tahan sakit akan memberikan kesan yang agak lama selepas mengambilnya (dalam anggaran 60-120 minit). Oleh itu, anda digalakkan untuk mengambilnya sebaik sahaja anda merasakan sakit kepala. Selain paracetamol, ataupun Panadol yang kita sering ambil semasa sakit kepala, penggunaan ibuprofen, acetaminophen, naproxen, aspirin ataupun capsaicin nasal spray juga boleh digunakan sebagai gantian.

Namun, berhati-hati dengan dos yang diambil. Jangan melebihi dos harian yang dinyatakan ataupun dinasihatkan oleh doktor anda. Penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan Medication Overuse Syndrome, iaitu satu sindrom di mana seseorang itu tetap mengambil ubat sakit kepala walaupun dia tidak mengalami masalah sakit kepala pada ketika itu.

Penggunaan yang berlebihan ini boleh menyebabkan masalah sakit kepala yang kerap pada masa hadapan, juga sering dikenali sebagai rebound headaches.

#3 Berhati-Hati Dengan Kafein


Minuman ataupun makanan yang mengandungi kafein boleh dikatakan sebagai pedang dua mata. Hal ini kerana ia boleh menjadi satu ubat dan juga satu punca sakit kepala itu bertambah teruk – ia bergantung kepada orang itu sendiri.

Kebanyakan ubat-ubatan yang anda boleh dapati mengandungi kafein, untuk mencepatkan keberkesanan ubat tahan sakit tersebut.

Semasa sakit kepala, adenosine dibebaskan ke dalam saluran darah. Kafein membantu dengan menghalang reseptor adenosine. Hadkan pengambilan kafein untuk merawat sakit kepala kepada dua kali seminggu. Pengambilan yang banyak boleh menyebabkan anda menjadi caffeine dependent, terutama kepada yang mengalami migrain.

Sekiranya anda seorang peminum kopi tegar dan anda secara tiba-tiba tidak mengambilnya dalam sehari itu, anda akan mengalami masalah sakit kepala sebagai satu kesan sampingan.

Hal ini kerana pengambilan kafein ataupun kopi setiap hari mengembangkan saluran darah ke kepala. Sekiranya anda tidak mengambilnya pada suatu hari itu, saluran tersebut akan mengecil dan akan menyebabkan tekanan pada kepala, lantas menyebabkan anda berasakan sakit kepala. Jika anda ingin mengurangkan kadar pengambilan kafein, anda perlu melakukannya dengan kadar yang perlahan.

Jika anda tidak peminum kopi, dan anda kerap merasakan sakit kepala, adalah terbaik bagi anda agar tidak meminum kopi kerana ada kemungkinan sakit kepala akan lebih teruk jika ada pengambilan kafein.

#4 Minum Air Yang Banyak


Dehidrasi boleh menyebabkan masalah sakit kepala. Minum air masak dengan kadar yang banyak jika kepala anda mula berasa sakit, dan kerapkan pengambilan air sepanjang hari tersebut walaupun dengan kadar yang sedikit setiap pengambilan. Anda akan merasakan kesakitan itu akan berkurangan.

Bagi lelaki: minum sekurang-kurangnya 13 gelas air (3 liter) setiap hari
Bagi perempuan: minum sekurang-kurangnya 9 gelas air (2.2 liter) setiap hari

#5 Berehat Pada Tempat Yang Sesuai


Sebaik-baik tempat untuk berehat semasa anda sakit kepala adalah tempat yang sunyi dan gelap. Sekiranya boleh, cuba baring dan berehat selama 30 minit. Pejam mata, tutup lampu.

Selain itu, anda juga boleh tidur sekejap untuk melegakan kesakitan tersebut. Pastikan tempat anda tidur/ berehat tersebut selesa dan kepala anda mendapat sokongan seperti bantal.

Anda juga boleh memilih suhu yang sesuai dengan anda semasa berehat. Sesetengah orang lebih selesa dalam keadaan yang sejuk pendingin hawa, manakala sesetengah orang lain pula lebih selesa dengan angin kipas sahaja. Mana-mana pun boleh, pilihlah yang mana anda berasa lebih selesa.

#6 Gunakan Kain Basah/Sejuk


Pernah tengok tak orang tua-tua menggunakan kain yang basah ataupun sejuk dan letakkannya di atas dahi orang yang sakit/ demam?

Hal ini kerana benda yang sejuk dan lembut yang diletakkan di atas dahi/ kepala boleh melegakan saluran darah dan secara tidak langsung mengurangkan kesakitan kepala.

Sekiranya sakit kepala anda berpunca daripada stres, penggunaan air panas memberikan kesan yang lebih baik berbanding dengan air sejuk. Oleh itu, pastikan anda tahu punca sakit kepala anda sebelum mencuba cara-cara di atas.

#7 Urutan Pada Muka dan Kepala


Pada umumnya, jika anda mengalami masalah sakit kepala, urutan pada kulit kepala boleh membantu melegakan kesakitan tersebut. Hal ini kerana dengan mengurut boleh membantu sistem peredaran darah ke kepala dan otak, dan secara tidak langsung melegakan sakit kepala.

Anda boleh menggunakan senaman yang ringan untuk melegakan sakit kepala anda. Salah satunya adalah dengan menggunakan senaman panaskan badan yang melibatkan pergerakan kepala, bahu, lengan dan pinggang.

Diharap dengan beberapa tips yang diberi ini dapat membantu anda untuk mengurangkan rasa sakit kepala.

Sumber

Terkini | Popular