KE UDARA

Lembah Kesepian

Haqiem Rusli
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Tips Paling Berkesan Untuk Hilangkan Kulit Berminyak

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Sebenarnya kulit muka memang menghasilkan minyak semulajadi untuk melindungi kulit daripada terlalu kering. Namun jika berlebihan, ia menyebabkan muka berminyak, mudah berjerawat dan masalah kulit muka hingga rasa kurang keyakinan pada diri.

CARA PALING BERKESAN UNTUK HILANGKAN KULIT BERMINYAK

1. GUNA PEMBERSIH MUKA YANG LEMBUT

Pilih pembersih muka yang mengandungi benzoyl peroxide, salicylic acid, glycolic acid atau beta-hydroxy acid. Kandungan ini sangat lembut dengan semua jenis kulit tambah lagi yang berminyak. Ia akan mengawal pengeluaran minyak berlebihan.

cara atasi kulit kering

2. ELAK CUCI MUKA DENGAN BAHAN KASAR

Jika selama ini anda mencuci muka dengan kain, tuala atau span yang keras, hentikan! Ia akan menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak kerana menggantikan minyak semula jadi yang hilang akibat mengguna bahan-bahan tersebut.

3. CUCI MUKA PADA WAKTU SIANG DAN MALAM

Cuci muka sebaik bangun tidur dan sebelum tidur. Ia akan menstabilkan kadar pengeluaran minyak semula jadi di kulit muka.

4. CUCI DENGAN AIR SUHU BILIK

Elak guna air panas untuk mencuci muka. Ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dan membantu hilangkan kulit berminyak secara semula jadi pada muka.

5. GUNA TONER DI BAHAGIAN YANG BERMINYAK SAHAJA

Pastikan penggunaan toner hanya di bahagian yang berminyak sahaja.

6. ELAK MAKANAN YANG MENGHASILKAN MINYAK

Makanan yang tinggi lemak, gula dan garam penyumbang kepada muka berminyak, begitu juga produk tenusu. Hadkan pengambilan makanan sebegini untuk elakkan muka berminyak.

Kisah Pakcik Jual Cempedak Goreng Ini Amat Menyentuh Hati

7. AMBIL MAKANAN TINGGI FIBER

Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan sitrus terutamanya sangat bagus untuk mengurangkan penghasilan minyak berlebihan. Sebaiknya makan sayur-sayuran yang direbus atau dikukus.

Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)

NAMUN, CARA YANG PALING EFEKTIF ADALAH……

Minum air sebanyak yang mungkin kerana air boleh membuang toksin dalam badan yang menyebabkan penghasilan minyak berlebihan dan pertumbuhan jerawat. Elakkan juga terlalu stres kerana lebih banyak tekanan, lebih banyak penghasilan toksin dan minyak pada kulit.

Sumber

Terkini | Popular