KE UDARA

HANYA SENGENGGAM SETIA

Rahmat Ekamatra
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Tips Pemilihan Sunblock Yang Betul

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

“Dah pakai sunblock pun masih sunburn juga. Salah ke aku pilih jenis sunblock tu?”

Sejak kebelakangan ini, keadaan cuaca di negara kita mengalami peningkatan suhu panas sehingga mencecah 40 darjah celcius. Jadi, sudah semestinya kita kena menjaga kulit dari cahaya matahari yang terik kan? Kalau tak jaga, rosaklah kulit kita dan nanti akan nampak tua sebelum umur. Oleh itu, pemakaian sunblock yang betul harus dititikberatkan supaya kulit kita sentiasa terlindung. Jom kita tengok apakah cara yang betul semasa memilih sunblock ikut jenis kulit!

TIPS MEMILIH SUNBLOCK

JOM, BELAJAR DAHULU APA ITU SPF

Spf ini adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama ianya boleh melindungi kulit kita dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepada kulit kita.

Contoh pengiraannya adalah :

1. CARA KIRA SEBERAPA KUAT IANYA BOLEH MELINDUNGI KULIT KITA

Kita ambil contoh spf 15. Kita perlu tolak satu dari nilai spf itu. Misalnya, spf 15 bermaksud (15-1)/15 iaitu 0.93. So, 93% sunblock itu dapat lindungi kulit kita dari sinaran uv. Jika spf30, 96%.

2. SETIAP WARNA KULIT ADALAH BERBEZA UNTUK PERTAHANANNYA TERHADAP SINARAN UV.

Untuk kulit putih, biasanya hanya boleh bertahan 10 minit. Kulit kuning langsat, biasanya 15 minit. Kulit sawo matang,20 minit
Semakin gelap kulit kita, semakin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi.

Contoh kiraan:

Untuk orang berkulit putih, jika dia menggunakan spf 15, maka sunblock itu mempunyai masa lebih kurang 15×10=150 minit untuk bertahan. Untuk kulit sawo matang, 15×20= 300 minit.

Ok, boleh faham ke setakat ni?

Selain dari nilai spf, kriteria lain untuk memilih sunblock adalah, ianya perlulah mempunyai perlindungan dari sinaran UV ( ultraviolet ) A & B. UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit. Ianya menyebabkan kulit menjadi tua ( penuaan) , berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.

UV B pula adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit. Ianya menyerang lapisan luar kulit sahaja. Jadi, ianya akan menyebabkan kulit kita terbakar ( sunburn ). Sebab itu, kita perlu cari sunblock yang mempunyai pertahanan kepada UVA & UVB juga.

KRITERIA PENTING DALAM PEMILIHAN SUNBLOCK

1. Spf yang sesuai dengan jenis kulit & aktiviti kita

2. Mempunyai UVA & UVB

3. Jenis sunblock yang sesuai dengan jenis kulit kita ( spray/ gel/ krim)

Dan, minumlah air kosong dengan cukupnya setiap hari untuk mengekalkan keanjalan kulit kita.

Nota Kaki : Lindungi kulitmu dari sinaran berbahaya, pelihara akhlak dan dirimu dari dunia fana & syaitan durjana

*Jangan lupa untuk pakai sunblock yang betul sebelum keluar rumah ya! Barulah kulit tak terbakar.

Sumber: Sirap Limau

Terkini | Popular