KE UDARA

NICE TO MEET YA (Clean Version)

MEGHAN TRAINOR [+] NICKI MINAJ
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Tips Untuk Baju Kekal Bau Wangi Jika Kamu Seorang Yang Aktif Dan Lasak

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Korang seorang yang lasak dan aktif? Tak kiralah gaya hidup korang melibatkan rutin senaman harian di petang hari, sibuk bekerja di luar rumah, atau sibuk melakukan kerja-kerja rumah dan menguruskan anak, semua aktiviti ini akan menyebabkan korang berpeluh banyak.

Ini secara langsung boleh menyebabkan baju berbau, dan kalau cara mengendalikan baju tak betul, susah untuk baju kekal wangi dan segar. Ikuti lima tips ni untuk baju kekal berbau wangi dan segar buat korang yang aktif dan lasak:

#1 Basuh baju yang dibasahi peluh dengan segera

Lepas bersenam atau melakukan apa saja aktiviti yang menyebabkan banyak berpeluh, pastikan korang basuh baju yang lencun tu dengan segera. Jangan tunggu dan biar lama-lama bagi mengelakkan sebum meresap ke dalam baju yang menyebabkannya berbau.

#2 Jangan biarkan baju yang basah dengan peluh bertimbun dalam bakul untuk tempoh masa lama

Elakkan baju-baju yang basah akibat peluh bertimbun dalam bakul dan dibiarkan lama. Jika tidak, baju akan semakin berbau dan sukar dihilangkan akibat pembiakan dan tindak balas bakteria.

#3 Jangan pakai baju yang basah dengan peluh lama-lama setelah selesai bersenam

Memakai baju yang telah dibasahi peluh lama-lama juga boleh menggalakkan pembiakan bakteria, yang boleh membuat baju semakin berbau dan lebih sukar dihilangkan. Sebaiknya, bersihkan diri dan cuci baju tadi dengan segera!

#4 Gunakan pencuci baju yang sesuai bagi pengeringan dalam rumah

Cahaya matahari dan udara segar mampu menghilangkan bau yang tak enak pada baju secara semulajadi. Tapi macam mana pula kalau tengah musim hujan? Korang boleh gunakan pencuci baju khas yang sesuai bagi pengeringan dalam rumah seperti TOP.

#5 Gunakan pencuci baju khas anti-sebum

Salah satu sebab kenapa baju masih ada bau yang tak menyenangkan walaupun dah dibasuh ialah sisa sebum yang tidak hilang sepenuhnya kerana pencuci baju yang digunakan tak sesuai dan tak cukup kuat untuk menyingkirkan sebum.

Terkini | Popular