KE UDARA

ANDAI DAPAT KU UNDURKAN MASA

AXL
SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

#TrashChallenge Ini Yang Korang Patut Follow,

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Cabaran pelik di media sosial sering kali menjadi ikutan ramai terutamanya para remaja. Antara yang popular ialah ice bucket challenge, flip bottle challenge, invisible box challege dan macam-macam lagi. Terbaru, trending di Instagram cabaran #TrashChallenge yang mungkin korang boleh ikut.

Menerusi hashtag #trashchallenge yang mula viral sejak beberapa hari yang lalu, ramai pencinta alam yang mengambil peluang untuk terut serta. Antara cabaran yang korang kena lakukan ialah bersihkan kawasan yang tercemar dan buat perbandingan gambar tempat tersebut. Bagus jugak cabaran macam ini kan?

Bersihkan kawasan hutan

Kedua-dua foto ini menunjukkan pemuda itu masing-masing membersihkan sampah sarap yang bertaburan di kawasan hutan. Foto yang dimuat naik ini menunjukkan kawasan itu sebelum dan selepas dibersihkan oleh pemuda itu.

Bersihkan kawasan sungai

Rata-rata pengguna di Instagram menyahut cabaran ini dengan positif dengan melakukan pembersihan sungai dan kawasan yang dipenuhi sampah sarap secara berkumpulan.

Bersihkan kawasan bukit

Sekumpulan lelaki membuat trash challenge di kawasan bukit yang sebelum ini penuh dengan sampah sarap dan kemudiannya telah dibersihkan demi menyahut cabaran ini.

Sumber: Oh Bulan

Terkini | Popular