SEGMEN TERKINI

MANIS MANIS PAGI

6am - 10am

Tujuh beradik dibiar kebuluran dalam flat daif

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Gambar Hiasan

Brasilia: Sungguh memilukan apabila tujuh beradik dibiarkan kebuluran, sakit serta tidak terurus di sebuah flat daif di negeri di utara Brazil.

Memetik Daily Mirror, ketika tugas menyelamat dilakukan 4 Jun lalu, polis mendapati mereka terkunci di sebuah flat yang terletak di Macapa dalam keadaan kelaparan, dehidrasi, kotor serta tidak berpakaian.

Bahkan ada antara mereka selesema dan menunjukkan gejala anemia dan cedera pada badan.

Kanak-kanak berusia antara tiga hingga tujuh tahun itu ditinggalkan dalam jagaan saudara mereka berusia 13 tahun.

Menurut jabatan perlindungan kanak-kanak, seorang daripada kanak-kanak itu mengalami autism dan mereka semua dirawat di hospital.

Kanak-kanak itu terkurung tanpa pengawasan ibu mereka yang turut menetap di rumah itu.

Tempat tinggal itu sangat kotor dengan tiada bekalan air bersih, minuman, makanan, dapur mahupun peti sejuk di dalamnya.

Remaja berusia 13 tahun itu memaklumkan, kanak-kanak itu adalah anak kepada dua kakaknya.

Jabatan Perlindungan Kanak-Kanak menghubungi dua wanita terbabit bagi mengambil anak mereka semula selain turut menjejaki bapa serta datuk dan nenek mereka.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit.

Sumber: My Metro