UFC: Mcgregor Digantung 18 Bulan Akibat Gagal Lakukan Ujian Doping

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

BINTANG ternama UFC yang juga merupakan juara dunia lightweight, Conor McGregor, dikenakan hukuman penggantungan selama 18 bulan akibat kegagalan melakukan ujian doping.

UFC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa McGregor telah gagal melakukan ujian doping sebanyak tiga kali dan ia merupakan satu perkara yang sama tidak boleh diterima.

Kesalahan tersebut telah dilakukan beliau pada 13 Jun 2024, 19 September 2024 dan 20 September 2024.

Justeru, siasatan telah dijalankan bersama Combat Sports Anti Doping (CSAD) bagi meneliti segala kemungkinan atas perbuatan yang dilakukan McGregor itu.

“McGregor telah memberikan kerjasama kepada siasatan CSAD dan beliau telah mengakui perlu bertanggungjawab di atas perbuatan beliau itu. CSAD juga telah mengenal pasti sebab atas kegagalan beliau melakukan ujian doping.

“Atas kerjasama yang diberikan McGregor, CSAD telah mengurangkan hukuman daripada 24 bulan kepada enam bulan bagi setiap kesalahan.” Jelas CSAD dalam kenyataan tersebut. — Stadium Astro