Ulama Perlu Giat Memperkukuh Fahaman Akidah Masyarakat

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU, 6 Disember – Bagi mendidik masyarakat, kerajaan Terenganu menuntut agar para Ulama di Malaysia untuk terus giat dalam menggembelengkan usaha bagi memperkukuhkan akidah masyarakat mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Dato’ Satiful Bahri Mamat berkata Kerajaan Terengganu juga berhasrat untuk mengembalikan kegemilangan Negeri Terengganu sebagai serambi Madinah.

“Ramai pihak mendakwa diri mereka sebagai Ulama sehingga mengeluarkan ijtihad namun sebenarnya mereka tidak layak untuk berbuat demikian bahkan ada yang sanggup mengisytiharkan ijtihad mereka.

“Tindakan ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan memberi gambaran yang buruk terhadap kedudukan Ulama di Malaysia,” katanya dalam perasmian program Multaqa Ulama  Nusantara Negeri Terengganu di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, pada  4 Disember lepas.

Ujar beliau lagi, para Ulama perlu memberikan respons terhadap umat Islam yang hari ini kian terdedah dengan fahaman sehingga ramai umat Islam yang menyokong anutan-anutan asing ini.

Mengulas lanjut, Multaqa Ulama Nusantara ini akan dijadikan acara tradisi tahunan agar terus mengukuhkan kefahaman akidah umat Islam khususnya bagi masyarkat Terengganu.

Sumber: Unit berita Manis FM