SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

Umat Islam Sri Lanka Menuntut Agar Pembakaran Jenazah Muslim Mangsa COVID-19 Yang Dibakar Dihentikan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

SRI LANKA, 13 Rejab 1442 H, Khamis : Muslim minoriti Sri Lanka melakukan demonstrasi di Colombo bagi menuntut penghentian pembakaran mangsa COVID-19 secara paksa ketika Perdana Menteri Pakistan Imran Khan hadir dalam lawatan rasmi.

Dalam demonstrasi tersebut mereka membawa jenazah palsu, keranda sebgai simbolik dan mengecam dasar pemerintah Sri Lanka yang melarang untuk penguburan jenazah mangsa covid-19 sdan tidak menghormati cara pengebumian jenazah bagi Umat Islam.

Demonstrasi itu sememanganya disasarkan ketika lawatan Imran Khan yang sedang mempertimbangkan keadaan umat Islam di Sri Lanka.

Khan menyambut baik pengumuman oleh Perdana Menteri Mahinda Rajapaksa pada 10 Februari bahawa pengebumian akan diizinkan, tetapi sehari kemudian Colombo menarik balik keputusan dan menyatakan tidak akan ada perubahan dalam aspek pembakaran mayat jenazah.

Antara perkataan yang tertulis di sepanduk ialah “Hormati pernyataan Perdana Menteri dan benarkan proses pengebumian,”. Para demonstran melakukan demonstrasi di ruang terbuka di hadapan pejabat Presiden Gotabaya Rajapaksa.

Dasar pemerintah Presiden Gotabaya telah menolak permohonan dan saranan antarabangsa dari pakarnya sendiri agar orang Islam menguburkan mangsa mati sesuai dengan adat agama Islam.

Larangan pengebumian mula dikuatkuasakan pada bulan April di disebabkan pengaruh Bhikkhu Buddha yang menyatakan bahawa penguburan mayat akan mencemarkan air, tanah dan menyebarkan virus.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tidak wujud risiko sebagaimana yang didakwa dan membenarkan mana-mana pengebumian samada secara pemakaman di dalam tanah atau pembakaran.

Secara adatnya, umat Islam akan menguburkan jenazah penganutnya menghadap kiblat di Mekah. Adat pengebumian bagi penduduk yang beragama Buddha dan Hindu di Sri Lanka adalah secara pembakaran.

Pada bulan Disember, pihak berkuasa memerintahkan pembakaran dilakukan terhadap 19 orang mayat mangsa COVID-19 beragama Islam, termasuk seorang bayi. Keadaan ini menimbulkan kekecewaan dan kemarahan di kalangan masyarakat Islam, termasuk di luar negara.

Terdapat ketegangan yang berterusan diantara komuniti Muslim dan Sinhala yang majoritinya beragama Buddha sejak pengeboman Paskah 2019 yang membunuh ramai penduduk dilakukan oleh pengganas tempatan.

Pemimpin komuniti Muslim menyatakan lebih daripada separuh 450 mangsa COVID-19 adalah dari golongan minoriti Muslim yang merangkumi 10% daripada 21 juta penduduk.

Namun, jumlah kematian golongan Muslim tidak selari kerana ramai yang tidak mendapatkan rawatan, bimbang mereka akan dibaakr jika mereka didapati terkena jangkitan virus itu. – Agensi