Umpama Model, 10 Selebriti Wanita Malaysia Yang Tinggi Dan Mempunyai Kaki Yang Panjang..

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Setiap yang dilakukan selebriti, pastinya menjadi tarikan para peminat mereka, khasnya dari segi fesyen dan penampilan.

Malah tidak dinafikan, fizikal mereka juga turut menjadi buah mulut ramai.

MH kongsikan figura 10 selebriti wanita kita yang tinggi lampai, persis model!

1. Mimi Lana – (178cm)

Mimi Rozaiana binti Zainal Abidin (dilahirkan pada 21 November 1995) atau lebih dikenali sebagai Mimi Lana merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1] Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015.

2. Zahirah Mac Wilson – (173cm)

Nur Zahirah MacWilson binti Zainol[1] (lahir 1 Februari 1995) atau lebih dikenali sebagai Zahirah MacWilson merupakan pelakon dan model wanita Malaysia yang terkenal menerusi beberapa drama Melayu tempatan.

Zahirah dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Sheffield, London dan Perth, Australia serta berketurunan British (bapa) dan Melayu (ibu). Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Bapanya ialah Zainol Johari MacWilson yang merupakan bekas penyampai berita TV3[2] dan ibunya ialah Maslinda Yusoff

Zahirah berkelulusan Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Curtin di Perth, Australia. Pada 2015, beliau menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Zul Ariffin, namun hubungan cinta tersebut telah berakhir pada 2018.

3. Scha Al-Yahya – (170cm)

Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya (lahir 30 Mei 1983) atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara, peragawati dan jurucakap produk di Malaysia. Beliau mula dikenali ramai selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 dan membuat kemunculan sulung di televisyen menerusi drama Impian Illyana (2006) dengan memegang watak pembantu sebagai Yati, Scha mula meraih pencapaian luar biasa menerusi watak lakonannya sebagai Dania dalam siri drama Awan Dania (2008-2010) sekaligus melancarkan kerjayanya sebagai pelakon. Selepas berlakon dalam beberapa siri TV terutamanya dalam genre komedi, beliau membuat kemunculan sulungnya di layar lebar sebagai pelakon utama menerusi filem Antoo Fighter (2007) lantas terus dikenali sebagai antara pelakon komedi wanita yang cukup popular .

4. Siti Elizad – (170cm)

Siti Elizad binti Mohamad Sharifuddin (dilahirkan pada 25 Mei 1984) atau lebih dikenali sebagai Siti Elizad (beliau juga dikreditkan sebagai Elizad Sharifuddin) merupakan seorang pelakon, pengacara, penyanyi, model dan bekas pelakon kanak-kanak Malaysia.[1][2] Beliau memulakan kerjaya seni lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak sejak 1994.

5. Kavitha Sidhu – (178cm)

Kavita Kaur atau Kavita Sidhu (lahir 29 November 1971) ialah seorang peragawati, pelakon, pengacara dan penerbit filem Malaysia.

6. Sharifah Sakinah – (178cm)

Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired (lahir pada 28 Mei 1989) atau dikenali sebagai Sharifah Sakinah (Jawi : شريفه سكينه) ialah seorang pelawak, pelakon dan pengacara terkenal Malaysia.

7.  Erra Fazira – (168cm)

Fazira binti Wan Chek (lahir 9 Februari 1974) atau lebih dikenali sebagai Erra Fazira ialah seorang model, pelakon, penyanyi, pengacara dan bekas ratu cantik Malaysia. Dilahirkan dan dibesarkan di Rawang, Selangor, Erra memulakan kerjaya profesionalnya pada 1992 dengan menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia World 1992 dan memenangi gelaran tersebut. Setelah itu beliau mula diintai ramai penerbit lebih-lebih lagi apabila wajahnya banyak muncul di pentas peragaan dan kaca televisyen. Pada 1993, Erra dipilih untuk membintangi filem arahan Yusof Haslam berjudul Sembilu di samping pelakon dan penyanyi popular Awie dan Ziana Zain. Tidak lama selepas penggambaran, Erra merakamkan album EP pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album dan didahului dengan single sulungnya “Cinta Abadi” pada tahun 1994. Pada tahun yang sama, beliau melancarkan kerjaya lakonannya dengan lakaran kejayaan apabila filem sulungnya itu mencatat kutipan pecah panggung, sejak itu beliau diberi jolokan sebagai “Primadona Filem Melayu Alaf Baru” sejak tahun 1994 hingga kini apabila deretan filem-filem lakonannya selepas itu turut mencatat kejayaan.

8. Marion Caunter – (168cm)

Marion Rose Caunter (lahir 5 November 1980)[1] ialah seorang pengacara televisyen Malaysia yang berketurunan Portugis-Inggeris-Cina. Beliau terkenal kerana mengacarakan rancangan 8TV Quickie yang bersiaran di 8TV.

9. Thanuja Ananthan – (183cm)

Thanuja Ananthan a/p Vijayendran atau lebih dikenali sebagai Thanuja Ananthan (lahir 31 Ogos 1985)[2] merupakan seorang model, pelakon dan ratu cantik Malaysia yang dimahkotai sebagai Miss World Malaysia 2009 dan mewakili negaranya di Miss World 2009.

10. Natrah Khalid – (174cm)

Nama penuh Natrah Khalid: Saidatunal Natrah Binti Khalid

Tarikh lahir: 12 Julai 1993

Umur Natrah Khalid: 26 tahun (2019)

Asal: Johor

Bakat: Mengacara dan modeling

Tinggi lampai kan masing-masing? Tak hairanlah jika dalam senarai ini, ada yg terlebih dulu berjinak-jinak dalam dunia modeling sebelum berkecimpung dalam dunia lakonan.

Sumber: Berita Steady