SEGMEN TERKINI

SEMANIS CINTA

8pm - 12am

Vaksin COVID-19: Pahang mohon pemain industri pelancongan diberi keutamaan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN: Kerajaan Pahang mencadangkan supaya semua pemain industri pelancongan turut diberi keutamaan bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, jika sektor ini diberi keutamaan, ia akan memberi kesan positif kepada pasaran pelancongan yang merupakan sektor ketiga tertinggi menyumbang kepada pendapatan negara.

Menurut Mohd Sharkar, industri pelancongan antara yang terjejas teruk dan andai mereka yang berada dalam sektor ini tidak bersedia dari sekarang, negara akan menunggu lebih lama untuk ia kembali pulih.

“Saya mencadangkan supaya kerajaan buat kategori untuk industri pelancongan ni, contohnya semua staf hotel dapat vaksin percuma. Seratus peratus divaksin.

“Ia dapat membantu dalam meningkatkan keyakinan pelancong, apatah lagi dengan pemain industri ini yang sememangnya berdepan dengan orang ramai setiap masa dan setiap waktu,” kata Mohd Sharkar.

Tambahnya, pemain industri pelancongan adalah juga merupakan petugas barisan hadapan bagi sektor pelancongan dan seharusnya mereka juga turut diberi keutamaan.

“Kalau boleh beri keutamaan kepada pemain industri, terutama sekali dalam pelancongan ini.

“Kita punya pemandu pelancong, barisan hadapan kita … penyambut tetamu semua memang ada ‘close contact‘ dengan pelancong,” kata Mohd Sharkar lagi.

Menurutnya, Pahang pada tahun lalu sahaja telah kerugian sebanyak RM5.8 bilion dengan penurunan kehadiran pelancong yang mencatatkan hanya 7.43 juta orang berbanding 13.99 juta pada tahun sebelumnya.

Sumber: Astro Awani