‘Walaupun dah kahwin, aku tetap nak try’

Facebook
Twitter
Google+

Sikap penyanyi dan pelakon, Zarul Husin yang tertutup mengenai keluarganya sekali gus menimbulkan salah faham tentang statusnya.

Selebriti berusia 45 tahun ini mendedahkan ramai peminat terutama yang baharu beranggapan dirinya masih bujang.

“Dah pasti, peminat-peminat lama dah tahu status saya sebagai suami dan bapa. Cuma peminat-peminat baharu saja yang anggap saya masih bujang.

“Saya pun dah maklumkan yang saya dah bekeluarga, cumanya saya tak terlalu berkongsi dengan umum.

“Saya pun jarang upload gambar isteri dan anak di media sosial,” katanya pada Sinar Harian ketika ditemui selepas pelancaran produk kesihatan, CTFit Detoks.

Pada masa sama, vokalis Umbrella ini juga mengakui menerima pelbagai pertanyaan daripada peminat selepas membawa isterinya, Intan Nur Fathihah ke Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32), baru-baru ini.

“Masa itu, baharulah ramai (peminat) yang tahu saya dah kahwin rupanya (ketawa).

“Ada juga komen-komen nakal di Twitter, ‘walaupun dah kahwin, aku tetap nak try.

“Tapi, saya anggap mereka sekadar bergurau dan tak pernah ambil serius pun,” katanya.

Pun begitu, pemilik nama sebenar Zairulkefli Husin ini menyifatkan situasi berkenaan adalah perkara biasa apabila bergelar anak seni.

“Nak kata selesa, tak adalah saya selesa sangat. Tapi, dah kita ini public figure jadi reda sajalah.

“Nasib baiklah, isteri saya pun seorang yang memahami,” katanya.

Zarul pernah berkahwin pada usia 23 tahun dengan seorang wanita bernama Ayu dan berpisah kira-kira 14 tahun lalu.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata Puteri Ayu Nur Arisha, 21.

Zarul kemudian berkahwin dengan Intan Nur Fathihah pada 29 April 2010.

Sumber: Sinar Harian

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008