Zeena Ali : Anggota Polis Wanita Pertama Bertudung di New Zealand

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Meskipun sekarang ini isu islamophobia masih hangat di negara Perancis, namun di New Zealand identiti muslim sebagai penduduk minoriti semakin lama semakin diraikan. Zeena Ali, akhirnya memecah rekod sebagai anggota polis wanita Muslim pertama yang dilantik.

Zeena yang berumur 30 tahun itu berasa senang apabila dapat keluar dan memakai tudung sebagai pakaian seragamnya . Dia yang dilahirkan di Fiji berpindah ke New Zealand ketika masih kecil. Meskipun penganut Islam merupakan penduduk minority di New Zealand, Zeena mengatakan bahawa dia bangga mewakili komuniti Muslim – dan wanita Muslim khususnya.

Keputusannya untuk menjadi polis bermula setelah serangan Christchurch yang telah menyebabkan 51 orang Muslim terbunuh.

“Kita memerlukan lebih banyak wanita Muslim untuk membantu dalam komuniti, kebanyakan mereka terlalu takut untuk bercakap dengan polis dan bahkan akan menutup pintu jika seorang lelaki muncul untuk bercakap dengan mereka. Tambahnya.

“Sekiranya lebih ramai wanita yang menyertai badan anggota polis, kadar jenayah akan dapat dikurangkan.”

Agama Islam di New Zealand yang dianuti oleh penganutnya hanyalah 1% dari jumlah keseluruhan penduduk New Zealand. Sebahagian kecil pelarian Muslim dari Asia Selatan dan Eropah Timur menetap di New Zealand bermula awal 1900-an hingga 1960-an.

Imigrasi Muslim berskala besar bermula pada tahun 1970-an dengan kedatangan orang India Fiji, diikuti pada tahun 1990-an oleh pelarian dari pelbagai negara yang dilanda perang. Pusat Islam pertama dibuka pada tahun 1959 dan kini terdapat beberapa masjid dan dua sekolah Islam.

Pada tahun 2016, Turki membenarkan pegawai polis wanita untuk mengenakan jilbab.

Langkah itu adalah lanjutan daripada pengumuman sebelumnya oleh Police Scotland yang menyatakan tudung hanya sebahagian pilihan dari pakaian seragam.  Ia bertujuan untuk mendorong lebih banyak wanita Muslim memilih anggota polis sebagai pilihan kerjaya.

Sumber : About Islam