1000GB Untuk Seisi Keluarga Anda dengan Pelan postpaidFAMILY98- Hanya RM98 Sebulan!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Anda sedang mencari pelan internet yang boleh memenuhi keperluan seisi keluarga tanpa membebankan bajet bulanan? redONE Mobile ada penyelesaiannya. Memperkenalkan postpaidFAMILY98, pelan pascabayar khas untuk keluarga moden yang nak semua sambungan diuruskan dalam satu pelan mudah, tanpa caj-caj tambahan atau tersembunyi.

Dengan hanya RM98 sebulan, anda akan dapat 1000GB data berkelajuan tinggi yang boleh dikongsi dengan 2 lagi talian tambahan dan semuanya di bawah satu bil. Lebih mudah kawal bajet keluarga tanpa perlu urus banyak akaun berasingan. Nak berkerja, belajar dalam talian, strim drama atau gaming di mana-mana sahaja, semuanya boleh dengan postpaidFAMILY98!

Yang lagi menarik, pelan ni fleksibel dan sesuai juga untuk mereka yang ada banyak peranti seperti telefon pintar, tablet dan WiFi dongle. Dengan 1000 GB data, anda boleh kongsi kegunaan antara semua talian atau peranti anda data tanpa risau ianya cepat habis.

Sama ada di rumah atau di mana-mana sahaja, postpaidFAMILY98 memastikan anda sentiasa dapat lakukan lebih tanpa gangguan, tanpa had, dan tanpa beban. Pelan ni juga datang dengan panggilan tanpa had ke semua rangkaian, jadi anda boleh sembang puas tanpa fikir pasal baki minit atau caj tambahan untuk panggilan yang dibuat.

Kunjungi mana-mana kedai redONE Mobile di seluruh Malaysia dan langgan postpaidFAMILY98 hari ini untuk lebih banyak data, lebih banyak talian pada satu harga berbaloi untuk seisi keluarga!

Untuk info lanjut tentang promosi serta tawaran menarik lain oleh redONE Mobile, layari redONEMobile.com.my atau ikuti redONE Mobile di Facebook (@redONE Mobile), Instagram dan TikTok (@redonemobile.my) .